Pages

Good-looking , huh?

Friday, August 31, 2012

3 books in a row on 31st August.

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Pada tahun ini, tarikh sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, tanah tumpah airku jatuh pada sayyidul ayyam.    Sambutan ke berapa sayang? 55 lah sayang hehe.

Tapi aku tak buat apa-apa pun yang mampu menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam sanubari. Apa yang aku buat adalah pergi open house kawan ayah aku, pergi Mydin dan Jusco Kinta City. Ceh, amik hang tulis nama panjang. Aku beli 3 bijik buah buku hari ini. Aku tak tau kenapa aku semangat beno. Yang aku pasti ialah aku tak akan baca buku ini sekarang tapi selepas selesai menjawab segala soalan PMR yang hanya tinggal lebih kurang sebulan lebih dari sekarang.

Membeli 3 buah buku dalam sehari merupakan jumlah yang banyak buat aku tapi aku tak tau lah orang lain cemana kan. Apa yang pasti ialah I like books, I like wandering in the bookstore for hours, I like when people give me book as present, everything about books, I'm totally into it! Other than that, for  sure I love reading books. Haha

I like the idea of having bookshelf under the stair. White one!

Kalau buku BM, aku lebih suka yang menjurus kepada keagamaan, sejarah dan motivasi. Novel? emm tak sangat.Ehh jap, novel ada gak tapi yang macam aku cerita dalam entri ini dan ini.

What if English books? Wah! Yes, I'm totally into English novel but not the romance one. I like thriller, fantasy, horror and full of suspense. Like Hunger Games, Harry Potter, Darren Shan's books, Narnia and bla bla bla.

I went to Mydin Meru Raya and tadaaa
I found this

Srikandi-Srikandi Yang Benar by Zahiruddin Zabidi. The actual price  is  RM38 but Mydin offered  RM34. TQ Mydin!


Then, my family and I went to Jusco Kinta City. I straight away went to MPH and bought these books.

Divergent by Veronica Roth. Cost RM30.

Ayah aku tanya, tau tak maksud DIVERGENT? Aku jawab  entah.
Kalau tak tau maksud kenapa beli? Aku jawab nanti balik tengoklah kamus! 
Setelah pulang, aku cepat2 amik kamus lalu beritahu ayah aku, Divergent bermaksud PENYIMPANGAN atau PERBEZAAN.

Tentang Cinta by Pahrol Mohd Juoi. Look! the background haha
I've always wanted to buy this book but it was not the time yet. The author is Pahrol Mohd Juoi who I really admire. Why? Because his books are great! He is also a ketua editor majalah SOLUSI. A really amazing Islamic magazine!


************


31 Ogos 2012 menyaksikan Malaysia menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun bertemakan Janji Ditepati. Temanya menjadi kontroversi yang tak perlu aku rungkaikan di sini. 

Namun begitu, dalam Malaysia mengorak langkah untuk kekal maju seiring dengan arus pemodenan, perkembangan remaja Malaysia amatlah penting sebagaimana yang dikatakan Imam Al Ghazali “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang.” 

Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan semua agar berusaha mencari ilmu dan amalkan ilmu tersebut. Ilmu adalah sangat penting untuk kita melalui liku kehidupan sebagai remaja yang sedang meniti ke usia dewasa agar negara kita dapat diterajui dengan baik. 

Ilmu boleh didapati dengan banyak cara. Cara yang paling mudah dan feymes adalah membaca. Membaca buku yang berilmiah. Membaca adalah sangat penting sepertimana ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w oleh Allah swt melalui Malaikat Jibril iaitu Surah Al Alaq ayat 1 yang bermaksud BACALAH  DENGAN MENYEBUT NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN.

Sekian Terima Kasih.
Bebaskan dirimu daripada dibelenggu anasir luar. 
Jadilah diri anda. Iaitu seorang Muslim yang mempunyai sifat kehambaan dan keabdian diri terhadap Tuhan Yang Satu, Allah s.w.t :]

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...