Hello Hye
Ok , adakah anda mempunyai idola ? yang menjadi insirasi kpd anda untuk berjaya dalam sesuatu?
Buat kita orang Islam semestinya menjadikan Nabi Muhammad S. A.W sbg ikutan dan inspirasi dalam menjalani kehidupan seharian , namun begitu pasti juga kita mempunayai seseorang atau 2 orang atau 3 orang yg dijadikan tokoh atau role model kan ?
Namun begitu , ia adalah plihan kita untuk memilih role model bagaimana yg kita mahukan , kalau gangster mestilah dia pilih otai dia jadi ikon ikutan , anak muda yg baru nak berjinak dlm industri hiburan plak mestilah jdkan Siti Nurhaliza ke, artis K-POP ker sbg ikon tapi bagaimana pula kita yan mahu mencari matlamat hidup yg benar dan diredhai Allah mahu menjadikan seseorang sbg role model / tokoh / idola / ikon / inspirasi
Yang penting rakan2 sekalian , carilah sesuatu yg diredhai Allah dahulu , jadikan Al-Quran sbg panduan hidup dan Rasulullah S.A.W sbg pedoman untuk terus menegakkkan kebenaran~
_______________________________________________________________
Tokoh atau idola juga boleh dijadikan sbg motivasi , sbg contoh seseorang yg miskin kemudian dia berusaha , siang malam bermandkan peluh , akhirnya dia berjaya , kita kagum dgn semangat yg ada pd hamba Allah itu , kita jdkan dia sbg motivasi kpd kita untuk turut sama berjaya :)
Kali ini , aku nak cerita pasal seseorang yg aku kagumi ni , boleh dikira sbg tokoh kot...entahla
Aku dah list pasal org yg aku jadikan idola :
- Rasulllah S.A.W kerana Baginda sanggup berkorban apa saja demi menyebarkan Islam , baginda juga sangat menyayangi umatnya tp kita sering lupakan dia ... Aku jugak kagum sbb Baginda tetap berbuat baik kpd orang yg telah menghina baginda , kalau aku , entah aku dah sumpah seranah dah kot tapi aku akan cuba mengikut baginda :) Insyaallah
- Saidatina Khadijah. Beliau seorang isteri yang sangat taat , beliau sanggup berkorban harta demi Islam dan sanggup meminang seseorang lelaki , mesti sbb akhlak Rasulullah sgt terpuji kan? Aku nak jadi isteri yg baik macam beliau dan sanggup berkorban demi Islam ! Insyaallah , Amin !
- Umi , I mean , my umi , my mother , Aku nak jadi seorang yg comel dan always remain cool.. macam umi , umi jugak seorang yg sangat peramah , Unfortunately , aku tak seperamah beliau , Umi juga suka buat lawak ! Umi sgt cute ! ><
- Tun Dr Mahathir . Beliau berfikiran jauh !! jauh !! luas !
Jeng Jeng , guess who's next ?
Apabila banyak buku yang aku baca , makin berkembang otakku , semakin luas rasanya dunia yang aku sedang pijak ini namun itu semua hanya pengembaraan minda sedangkan aku masih di bumi nyata~
*Ini adalah beberapa patah perkataan yg aku petik drpd post aku sbelum ini = Pelangi , Tekad & SabarTabah :D
Ok , drpd dulu lagi aku suka baca buku tapi aku masih kurang pasti jenis buku apa yg aku suka baca , waktu darjah 5-6 gitu , aku suka baca novel cintan jiwang tapi sekarang aku dah muak baca buku macam tu sebab gila meruntun hati dan aku rasa buku macam tu sesuai baca lepas kawen lah , aku ni remaja , jiwa remaja tak masuk la dunia cintan cintun ni , lari drpd jiwa suci guwa la ,HAHAHAH
Hari bertukar hari , siang berganti malam , malam berganti siang , aku semakin matang dalam menjalani kehidupan dan memilih apa yang terbaik buat diri aku , dan aku sememangnya suka buku motivasi dan ini adalah antara buku yang sangat aku gemar ! pelaburan yang tidak merugikan dan memberi kesan kpd aku ! lebih berharga drpd membeli tiket wayang Kung Fu Panda 3D berharga RM 20~!
Inilah buku first aku yang sangat memberi kesan kpd rohani aku :
ia meengajar aku mengenali dan bercinta dgn tuhan ! |
Ok sekarang aku tahu aku suka buku motivasi ! dan apa kaitan dengan Bahruddin Bekri?
Aku pernah buat satu post ttg buku first yg aku baca karya beliau , Orang Yang BAIK dan aku mmg kagum dgn cara penulisan beliau !! Karya2 beliau memberi aku satu semangat dan inspirasi untuk berterusan melakukan sesuatu dgn ikhlas , berterusan melakukan kebaikan ! dan aku berharap satu hari nanti Insyaallah aku akan dapat menulis buku yg memberi kebaikan kpd semua orang , bukan sahaja utuk mengaut keuntungan :D
Sekarang ni , aku dalm proses membaca buku Diari Mat Despatch:Hati Emak yg baru dibeli Jumaat lepas di MPH dan Penulis Yang Disayang Tuhan :)
_______________________________________________________
Akhir kata , aku sangat kagum dgn cara penulisan beliau , Terima Kasih kepada Encik Bahruddin kerana menulis buku-buku yang berguna !
Faiqah |
0 love(s) me:
Post a Comment