Pages

Good-looking , huh?

Tuesday, December 11, 2012

Naluri Ayah oleh Bahruddin Bekri

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Biasalah cuti sekolah tak tahu nak buat apa. Semalam, selepas Subuh, aku bergolek-golek di atas katil. Lepas tu, aku belek-belek buku form 4, belek2 je aku mampu. Tidak timbul pula perasaan ingin menelaah pelajaran tingkatan 4 walaupun ada rakan2 aku yang dah mula belajar. Haishhh

Tiba-tiba (muka terkejut), aku ternampak sebuah buku yang bertajuk DIARI MAT DESPATCH: NALURI AYAH oleh BAHRUDDIN BEKRI. Ya, aku lupa pula. Kakak aku beli hari tu, aku tak baca lagi..

taken from here
Aku baca, baca, baca sampai habis.

Sepanjang pembacaan aku, aku senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang. Tiba-tiba aku menangis. Oleh sebab kali ini ia berkisar tentang ayah Idlan Rayyan, aku pun terkenangkan ayah aku yang bekerja siang malam , mengerah keringat untuk mencari rezeki demi isteri dan anak-anak yang makin hari makin bertambah berat badan.. Hewhew~

Tiba-tiba aku rasa wowwww gila dekat Idlan Rayyan sebab dia marah pegawai JPJ yang menghalau keluar ayah dia. Macho gilerrrrr. Lagi satu apabila Idlan Rayyan menumbuk perut samseng yang menculik ayah dia dan budak yang terlibat dengan Program Kembalilah, Zullatip. Aku rasa macam nak tepuk tangan sorang-sorang. Ini telah menyebabkan rasa kasih aku terhadap Idlan Rayyan bertambah :P


Idlan Rayyan

Yang paling aku suka dalam buku kali ini adalah kerana ayah Idlan Rayyan banyak mengenakan orang kecuali Citra Indah Qalisya. Ahhh kenapaaa minah tu tak kena kali niiii!

Kenapa aku minat buku Bahruddin Bekri adalah kerana banyak kata-kata hikmah dan perbualan yang mampu membuatkan kita berfikir sejenak. Hmmm fikir.

Yang paling utama di setiap penghujung cerita, pasti ada kesimpulan yang membuatkan kita menyimpul senyuman. 



'Kematangan bukan hanya memikirkan perkara-perkara yang besar, tetapi ia bermula 
dengan memerhatikan perkara-perkara yang kecil' 
-Diari Mat Despatch : Naluri Ayah-



Sebelum ini, telah aku dedahkan minat aku terhadap buku-buku karya Tuan Bahruddin Bekri di sini, sana. Sampaikan ada orang yang perasan. Terima Kasih.




0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...