Good-looking , huh?

Friday, January 25, 2013

Indahnya Akhlakmu.

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello hye

Salah satu cara untuk mencintai seseorang adalah dengan mengenali dia, begitu juga jika kita ingin mencintai Rasulullah s.a.w. Kita sepatutnya banyak membaca untuk lebih mengenali Rasul junjungan kita ini.

Oleh itu, sebagai seseorang yang bertanggungjawab sebagai umat Rasulullah s.a.w. Apalah salahnya jika aku berkongsi perihal tingkah laku Rasulullah s.a.w :) Moga perasaan kasih kepada Kekasih Allah ini semakin menebal lantas menambah sifat seorang Muslim yang Mukmin dalam diri ini :D

"Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya" [Riwayat Al Bukhari]



Aisyah r.a meriwayatkan:,
 "Saya sama sekali tidak pernah melihat rasulullah s.a.w. berusaha untuk membalas kezaliman yang Baginda terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka Bagindalah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika Baginda dihadapkan kepada dua pilihan, maka Baginda akan memilih yang paling mudah ( selama hal yang lebih mudah itu) tidak menyebabkan dosa." [Riwayat Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud dan Ahmad]

Aisyah r.a meriwayatkan:
"Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang keji dan baginda tidak pernah berbuat keji. Baginda tidak pernah berteriak di pasar. Baginda tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan. Baginda selalu memaafkan dan bersikap lapang dada." 
[Riwayat Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad]

Aisyah r.a meriwayatkan:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya kecuali ketika Baginda berjuang di jalan Allah, Baginda pun tidak pernah memukul seseorang pembantu atau perempuan."
[Riwayat Tirmizi, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad]

"Tawa baginda adalah senyuman dan gigi baginda kelihatan seperti butiran salju" 
(Riwayat al-Tirmizi)




Kredit sepenuhnya diberi kepada majalah Gen-Q Isu 12. M/s 7, Teks disediakan oleh Faiz M Azhari.

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...