Good-looking , huh?

Wednesday, December 5, 2012

Cinta Mana?









Suatu ketika dahulu aku sungguh yakin dan teguh dengan pendirian aku. ‘No love before marriage’. Namun, kebelakangan ini, hati ini sering merasa cemburu melihat rakan-rakan aku mempunyai ramai peminat. Ada sahaja lelaki yang cuba mendekati mereka. Ada sahaja lelaki yang menunjukkan sikap mengambil berat terhadap mereka.

Eh.

Oh tidak…

Tiba-tiba hati ini terasa sunyi.. Mulalah diri ini terbayang-bayang menerima kata-kata indah daripada sang lelaki. Tertanya-tanya aku yang naïf tentang satu topik yang begitu digemari umat manusia iaitu cinta, apakah agaknya perasaan menerima perhatian daripada seorang lelaki? Apakah agaknya perasaan  menerima kata-kata manis, indah daripada seorang lelaki? Apakah agaknya perasaan kita apabila ada yang ambil berat? Mesti setiap hari rasa gembira kan..? Mesti tak sunyi kan..?

Hmmmmm…

Hoi!

Tiba-tiba, prinsip aku untuk tidak menaruhkan hati ini kepada sesiapa sebelum berkahwin menerjah ke ruang minda. Terbangun aku daripada lena dibuai mimpi indah mainan syaitan. Ya Allah…kenapa ni?

Ahhhhh!

Aku tidak sepatutnya berfikir begitu. Aku punya tanggungjawab lain. Aku harus fokus dengan matlamat utamaku seiring dengan usiaku iaitu untuk mencari ilmu sebanyak mungkin. Aku perlukan ilmu yang secukupnya untuk mengharungi segala ujian di dunia yang penuh pancaroba ini. Jika tidak, aku pasti kecundang sebelum bertempur. Aku ingin menjadi seorang Mujahidah yang kuat bukan yang lemah. Bukannya yang mudah jatuh dengan segala pujuk rayu seorang lelaki. Ya, aku tahu kemampuanku!

Ya Allah..

Sebelum aku mengejar cinta ‘itu’, aku perlu terlebih dahulu mengejar cintaMu. Aku mesti mencintai ilmu dan menimba ilmu sebanyak mungkin supaya aku dapat mendidik diri untuk menjadi wanita yang solehah.
Ya Allah..
Jauhkanlah hambaMu ini daripada lalai dengan kehidupan duniawi yang belum pasti bagiku.
Moga-moga
Aku dapat menempuh alam remaja ini dengan jati diri yang teguh sebagai hambaMu yang solehah.
Aku tak mahu alam remaja ini disia-siakan dengan cinta palsu yang aku ukir sendiri. Kelak menjadi  memori keji  yang bisa memakan diri ini.

Moga-moga
Aku dapat mengejar cinta dan redhaMu sehingga ke akhir hayatku.

Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa mendamba kasihMu yang abadi.




“Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan mereka yang membersihkan diri” [Al-Baqarah :22]

“Sesunggunya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka, sesungguhnya mereka itulah orang Berjaya” [Al-Mukminun : 11]
                 

p/s: Ini bukan luahan hati aku. Ini rekaan semata-mata untuk pedoman semua orang :)

2 love(s) me:

Nur Iman Najwa said... [Reply to comment]

Assalamualaikum .. I love this entry and agree with you :)Keep blogging ya

Faiqah Umaira Jamly said... [Reply to comment]

@Nur Iman Najwa: Waalaikumussalam, thanks Aiman Najwa :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...