Pages

Good-looking , huh?

Wednesday, December 5, 2012

Demokratik Cinta.


Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Istanbul Aku Datang.

Rata-rata orang kata cerita tu best. Aku pun rasa best.

Jalan cerita yang tak membosankan. Plot yang menarik dan kemas. Tak macam cerita Melayu sekarang yang hanya mementingkan kuantiti tapi bukan kualiti. Isi yang padat. Pelakon yang best. Lisa Surihani cantik. Beto Kushairy hensem. Tomok pandai memainkan watak dengan berkesan. Kemunculan baru Aizad yang baik.

Tapi kan.

Betul ke semua pasangan bercinta macam Dian(Lisa) & Azad (Tomok)?



Bila bertemu, berpelukan. Memegang tangan tanpa segan silu.

Ada satu babak tu Dian nak peluk Azad tapi Azad tak nak. Pastu Dian kata kat KL boleh je, kenapa kat sini tak boleh? Azad pun menyambung- KL takpe, kat sini, jagalah sikit..kan  negara Islam.Emmm, lebih kurang macam tu lah. Eh Malaysia bukan negara Islam ke? Oh, mungkin maksud dia kat Malaysia tak berapa nampak ‘Islamnya’ kan. Bak kata seorang ulama, “Aku nampak Islam di negara bukan Islam, tapi aku tak nampak Islam di negara Islam”

Nauzubillah.

                                                   
Lagi satu, bila kat kafe tu, aku tak tahulah apa yang Azad nak buat kat Dian tu. 

Eh.

Sebenarnya, tujuan aku bukanlah untuk komen dan mengkritik filem tersebut. Cuma aku sebagai seseorang yang sangat naïf tentang benda-benda couple apemende entah ni tertanya-tanya betul ke kebanyakan pasangan bercinta yang belum berkahwin sering bertindak begini? Tanpa segan-silu kepada Allah swt? Waktu Azad suruh Dian pindah daripada rumah dia sebab TAK MANIS tu, tak terfikirkah Dian tinggal selama 3 bulan dengan 3 orang lelaki dalam satu rumah adalah sangat TAK MANIS di ‘mata’ Allah swt. Eh, aku tau. Lisa hanya memainkan watak Dian tu je. Apalah.. kolot betul aku ni. Emo.

Mungkin itulah kisah cinta dan tindak-tanduk orang bercinta pada era modenisasi ini.

Aku tak tau sebab aku tak moden.

**********

Realitinya masyarakat ala demokrasi ini sering mendakwa bahawa kita tak perlu memikirkan pandangan masyarakat akan tindakan kita. Kita bebas melakukan apa-apa sahaja asalkan perkara tersebut membahagiakan kita serta memuaskan keinginan dan matlamat hidup kita. Itulah prinsip yang sering dipegang masyarakat barat. Hakikatnya kita sering lupa untuk memikirkan ‘pandangan’ Allah swt akan setiap tindakan kita.

Hmmmmm..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”[Al Baqarah: 216]

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...