Pages

Good-looking , huh?

Thursday, June 7, 2012

Rejab Moment with my Sisters.


Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Pada suatu pagi yang dingin dan mampu membuat penghuni bumi ini menarik selimut membaluti tubuh sebelum bangun Subuh, kakak aku yang aku gelar kakak-2 tiba-tiba gerak aku suruh bangun sahur.


Kakak-2 : Iqah, bangun, sahur. Angah goreng ikan keli, cepat Iqah bangun!

Aku : Hmmmmm.. (dalam hati seronok gila ada ikan keli)

Lalu aku terus bangun dengan niat untuk bangun sahur demi menunaikan puasa sunat rejab bersama kakak aku. Aku terus meluru ke tandas untuk buat apa yang patut. Senangnya hidup aku kerana wah… nasi sudah terhidang di atas meja. Sudah pasti kakak aku yang sediakan. Weheeeee~

Tiba-tiba, tanpa disuruh siapa-siapa, aku kembali ke kamar tidur dengan niat untuk gerak kakak-3 aku dan adik aku. Dengan marah, aku menggoncangkan kaki kakak-3 aku yang garang itu. “ Kik Yah, bangunlah, sahur, cepatlah, dah lambat ni!” kataku dengan nada yang marah. Setelah itu, aku menggoncangkan pula tubuh adikku yang sedang nyenyak tidur dengan nada marah yang sama. Tiba-tiba, adik aku bersuara dengan nada yang tinggi, ORANG TAK PUASALAH. Lalu aku pun,


Aku : Ooohhh… “kesiannya kena marah dengan aku awal pagi,”bisik hati aku.

Aku terus meluru ke meja makan untuk menjamah hidangan sahurku bersama kakak-2 aku. Setelah habis menadah tangan berdoa, kami mencedok lauk-lauk yang terhidang.

Tiba-tba,…..


Kakak-3 yang garang menuju ke dapur dengan wajah bangun tidurnya yang masam mencuka..

Jantung aku berdup-dap, dup-dap.

Tiba-tiba,….

Kakak-3 : Kenapa gerak????? dengan suara yang menakutkan.

Kakak-2 aku sudah mula gelak-gelak.

Aku : Ingatkan Kik Yah puasa….

Kakak-3 : Orang ingatkan dah lewat subuh. Ishhhhh…


Kakak-3 terus kembali ke kamar tidurnya demi menyambung tidurnya yang sudah aku bazirkan.

Suasana sahur itu kemudiannya disambung dengan hilai tawa kakak-2 aku. Di samping mentertawakan Iqah, terima kasih kerana masak untuk kami sekeluarga.

 Kakak-2 (kiri) Kakak-3 (kanan)
            


p/s : Entri ini ditulis kerana kakak-2 dan 3 aku bakal pulang ke negeri perantauan masing-masing kembali demi menggenggam segulung ijazah. Cehhhhhh. Cittt Poodahhhh!

4 love(s) me:

nana said... [Reply to comment]

awwww ... loving siblings *thumbs up!

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

yek? tak sedar pulak. hohiho.. Anyway, thanks :D

Fa DiN B2UtY said... [Reply to comment]

rajen nye kamu bersahur..kt nak bersahur tp hhmm...x gak bangun2..khe3...selamat berpuasa dan trus beribadat..:)

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Fa Din : bab makan ni i memang rajin. Lagi2, sunat pulak tu hehehe. Terima kasih, selamat beribadat siang dan malam juga buat anda wahai fatizah din :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...