Pages

Good-looking , huh?

Thursday, May 31, 2012

Layak ke aku berdakwah?

Assalamualaikum Warahmatullah.
Hello Hye.
Salam Jumaat.


Anas bin Malik meriwayatkan:

"Kami para sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.: "Wahai Rasulullah, adakah kami harus menghentikan amar makruf nahi mungkar kepada orang lain sebelum kami melakukan kebajikan dan menjauhkan diri daripada kemungkaran sebagaimana yang kami seru?

Rasulullah s.a.w menjawab, maksudnya; "Kalian wajib menyuruh kebaikan walaupun sebahagian kebajikan yang kalian serukan itu belum kalian lakukan. Kalian juga wajib mencegah kemungkaran walaupun sebahagian kemungkaran itu belum kalian jauhi."




Jika nak harapkan orang yang betul-betul zuhud, sempurna amalannya. Memang takkan cukuplah pendakwah. Kita yang dilahirkan sebagai orang yang beragama Islam ini sudah cukup untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran walaupun kadang-kadang kita pun lebih kurang.

Namun, dalam mengajak orang melakukan kebaikan, jangan kita lupa untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik agar dakwah kita lebih berkesan. Dalam mengajak orang meninggalkan kemungkaran, jangan lupa untuk mengajak diri kita meninggalkan kemungkaran tersebut. Haih, apa pula pandangan orang terhadap umat Islam nanti jika kita sama saja melakukan kemungkaran sedangkan Islam ialah agama yang syumul kan?

Marilah kita sama-sama bermuhasabah memperbaiki diri dan menambah amalan agar bukan sahaja diri kita dipandang mulia di sisi Allah swt, orang lain juga mudah tertarik dengan dakwah yang kita sampaikan. Malahan, umat Islam juga akan bertambah kuat dengan umatnya yang sentiasa serius dalam melaksanakan hukum syarak.


Till then, jom berdakwah dan menjadikan diri kita dan orang lain lebih ohsem!

Rujukan: Majalah Solusi isu 44 ; m/s 98

3 love(s) me:

yui said... [Reply to comment]

sbb tu saidia Ali kata tgk pada apa yg dinasihatkan dan bukan org yg menasihati...kan?

ImaNajwa17 said... [Reply to comment]

Nice entry. Saya suka baca entry blog awak. Teruskan berblogging ya! :)

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Hikaru Yui: ya, moga2 kte mudah menerima teguran. Insyaallah :)

@Miasaranajwa: Terima kasih. Insyaallah :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...