Pages

Good-looking , huh?

Friday, January 13, 2012

Sibuk atau Buat-buat Sibuk?

Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye

Sibuk. Ada masa tapi tiada masa untuk berada di hadapan komputer riba dan kemas kini apa yang patut. Pelik, remaja zaman sekarang sudah ada tanggungjawab? Ya, tanggungjawab untuk kemas kini facebook, twitter, blog mahupun tumblr. Bukan tanggungjawab namun ia dipanggil 'waktu sosial'. 'Waktu sosial' yang kita gelar perkara yang wajib dilakukan. Tiba-tiba diri ini terasa hina. Ermmm...

Setelah masuk 2 minggu musim persekolahan, pelbagai omelan dan rungutan daripada rakan-rakan aku. Kebanyakannya mengomel dan mengadu diberi banyak kerja sekolah atau tugasan di laman sosial. Aku mengaku aku juga merungut namun aku simpan dalam hati jo lah... Tiada siapa pun yang nak baca rungutan aku tu, buat semak wall je.

Aku rasa sangat lah happy kerana guru² yang mengajar aku semuanya best dan aku suka Ustazah Mariam yang sangat sempoi namun suka memberi nasihat kiranya masuk dalam jiwa remaja lah dan aku rasa aku dapat menolong diri aku sendiri untuk mendapat yang terbaik dalam PMR kerana guru² juga sedang melakukan yang terbaik buat kami semua. Cikgu semua masuk on time, kalau lambat pun setakat 1-2 minit, memang kitorang tak sempat nak main dulu. pelajar cemerlang ker? Insyaallah!

Namun begitu, aku rasa aku perlu kemas kini blog ini dan upload beberapa gambar yang aku rasa kalau snap dengan DSLR akan jadi lebih menarik. Haha. Gambar² ini juga menjadi bukti bahwa aku akan jarang-jarang update blog.


duckie-scissor- so cute

Mind Map Sejarah.


Ini highlighter jenama tesco- sangat murah

mind map sejarah again

Colours of my life.


kepenatan lah sangat

Alhamdulillah, setakat ini aku rasa tenang dan tidak resah.. dan Semoga Allah permudahkan urusan aku, keluargaku dan rakan²ku tahun ini. Aku tahu ada rakan aku yang menghadapi masalah. Semoga kome kuat dan berjaya menghadapinya sebagai seorang muslim yang mukmin. Amin.

‎"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar); dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu" 

-At Tagaabun : 11 

5 love(s) me:

CikTeddyCorner said... [Reply to comment]

hurm..cik pon terasa gk ni..thanks for reminding :)

Fasya Mokhidin said... [Reply to comment]

hai :) goodluck pmr ok! im following you :D

Maicher said... [Reply to comment]

all the best faiqa!

as u sow, so will u reap.
insyaAllah.

:)

Maicher said... [Reply to comment]

btw, happy befday hari rabu harituh. sorry lambat cos lappy rosak.

:)

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Original CikTeddy kita memang perlu saling mengingati :)Most welcome!

@Fasya thanks a lot, same goes to you!

@Maicher thanks for advising, takpe2 thanks.. berapa orang je pun yang tahu hikhok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...