Pages

Good-looking , huh?

Saturday, January 14, 2012

Aku mencari dalam ketemuan.


Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye

Kita selalu mencari seseorang yang sentiasa boleh menjadi tempat untuk kita meluahkan perasaan dan untuk bergelak ketawa. Kita selalu mencari dan mencari tanpa kita sedari yang dia sudah lama berada di hadapan kita.


Aku tidak mencari rakan yang boleh membuatkan aku ketawa tapi aku mencari rakan yang boleh buat kami tersenyum bersama.
Aku tidak mencari rakan yang banyak bercakap tapi aku mencari rakan yang suka menerima nasihat dan boleh menasihati aku.
Aku tidak mencari rakan yang berani dan lantang tetapi aku mencari rakan yang berani bersuara apabila perlu sahaja.
Aku tidak mencari rakan yang jelita tetapi aku mencari rakan yang tenang wajahnya.

Aku tidak mencari rakan yang baik terhadap aku tetapi aku mencari rakan yang aku boleh berbuat baik kepada dia.



Wahai rakan, aku akan selalu medoakan engkau walau di mana jua engkau berada. Engkau terlalu baik, aku berharap engkau akan menjumpai orang² yang baik juga dan aku berharap engkau akan kekal begini dengan sikap lembutmu, tenangmu, sifat rendah dirimu dan wajahmu yang penuh kasih sayang.

Hanya engkau yang dapat menerima sifat aku yang membosankan dan apabila berada bersama engkau, hati aku terasa tenang setenang wajahmu. Aku tidak pernah menyangka air mataku akan menitis kerana rasa sayangku terhadap engkau. Engkau adalah impak yang besar dalam hidup aku. Aku takut kita akan berpisah. Tidak mengapa rakan, engkau akan sentiasa berada di dalam hati aku dan doaku. Aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti kamu. Aku bersyukur engkau di sini.

Alhamdulillah.




1 love(s) me:

L said... [Reply to comment]

im ur friend....=)

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...