Pages

Good-looking , huh?

Tuesday, January 24, 2012

He gives me more than what I need.


Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

It's been a long time since I update my blog :'( Sorry guys, I couldn't spend some of my time to go online, even my facebook acc and twitter acc is not updated. I think almost of my whole day is  spent at school. *SIGH* I joined Persatuan Pelajar Islam (meeting is on every Tuesday), Pergerakan Renjer Puteri (Wednesday),Permainan Ping Pong *apa ke jadahnya, aku x reti main pon*(Monday) Grrrr.. Arghhh... HEWHEWHEW *SIGH*SIGH*SIGH*SIGH*SIGH*

Jadi, apabila hujung minggu, para pelajar RPS duk berpakat update status yang mengatakan kita penat, benci dengan peraturan sekolah, macam sekolah tentera, tahun ni tahun yang muram dan macam-macam lagi lah dan tak dapat dinafikan bahawa aku juga pernah berasa begitu.

Tapi...setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan pasti ada jalannya yang berliku. Lihat di mana tempat kita berada, tidak semestinya apa yang kita tidak suka sekarang akan sentiasa menyusahkan kita dan tidak semestinya apa yang kita suka akan membawa kesenangan kepada kita, seperti yang diterangkan di dalam Al Quran

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah 216


Jadi, kita semestinya harus belajar menerima apa yang telah ditakdirkan buat kita. Seringkali, kita cuba mencari solusi untuk masalah yang menimpa tapi memang susah untuk menemui penamatnya. Kerana apa? Kerana perjalanan kita belum tamat. Diri kita belum cukup memahami keadaan sekeliling, Belum memahami maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Lain yang diminta, lain yang dapat tapi... lain yang terjadi.
Kita mintak nasi. Allah bagi beras. Bila kita berusaha tanak nasi itu, atau letak sedikit santan , halia, jadilah nasi lemak yang menyelerakan.

Kenapa perlu bersusah-susah? Kenapa Allah tak bagi je terus nasi, kan senang?
Kerana kita akan jadi lebih kuat dan tabah, supaya kita matang dalam membuat keputusan. Biar kita tak jadi seperti anak manja yang hanya tahu meminta dan mendapatkan. Biar kita jadi orang yang berusaha!

Man Jadda Wa Jadda. Siapa yang berusaha dia yang dapat.


                                       
  



"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...