Hello Hye
Semua orang bercakap tentang perubahan, semua orang bercakap tentang azam. Ada je benda yang nak kita capai , terlalu banyak sampai ada yang tak tercapai.
Tapi, perubahan harus dilakukan untuk menjadi insan yang lebih baik. Berubah untuk mencari erti sebenar kehidupan. Berubah untuk membuka mata hati dan melihat dunia yang baru.
Perubahan tidak terhad kepada perubahan fizikal atau mental. Ia meliputi segalanya.
Seperti aku, pada hari terakhir 2011, aku telah menukar header haha bestnya walaupun tak gempak
header ada kucing, bunga, muslimah, memang citarasa i. |
Sebenarnya masih banyak perkara yang belum aku ubah.
Ia bermula daripada diri aku sendiri
Sikap, cara pemikiran, pemakanan , gaya hidup , pergaulan. Banyak yang aku kena ubah. Ubah untuk lebih baik bukannya untuk lebih teruk.
Aku harap kenangan dan perkara yang berlaku pada tahun 2011 telah banyak mematangkan aku dan membuatkan aku lebih kuat menghadapi hari-hari pada tahun 2012.
Ibu bapa, kakak-kakak, adik, cikgu-cikgu, kawan-kawan, Terima Kasih kerana wujud dalam hidup saya dan membuka mata saya tentang dunia sekeliling. Moga saya menjadi muslimah ynag lebih baik. Amin.
0 love(s) me:
Post a Comment