Pages

Good-looking , huh?

Thursday, January 5, 2012

Pengulangan dan Repetisi Tidak Akan Membosankan Kita



Assalamualaikum Wrahmatullah
Hello Hye


Terlalu banyak perkara yang berulang dalam kehidupan kita kan?
Seperti apabila ibu kita sering berkata "Adik, tidur awal, esok kena bangun awal"
Atau bila cikgu cakap "Setiap kali perhimpunan, letak beg di kanan masing-masing, rasanya setiap hari saya cakap benda yng sama"


ini pengulangan yang paling aku benci


Berulang-ulangkan? Bosannya! Tahulah kitorang, takyahlah nak ulang beribu kali.

Tapi jika tidak diulang,
Mampukah kita ingat?
Mampukah kita berterusan melakukan perkara itu?
Mampukah kita tidak melakukan perkara yang ditegah?

Jawapannya tidak. Kita tidak mampu melakukannya tanpa diberi peringatan yang berulang-ulang.

Begitu juga dengan ujian dan dugaan yang diberi Allah swt terhadap kita dalam kehidupan ini. Rasanya dah beriban ujian dan musibah yang kita terima kan? Rasa bosan jee..



Tapi hakikatnya, ia adalah satu bentuk pengulangan yang diberi untuk mengingatkan kita, untuk menyuruh kita beristiqamah melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah,
Tanpa ujian yang bertimpa-timpa, kita akan lupa tanggungjawab kita dan seterusnya jauh daripada jalan yang benar.

Mari ambil contoh sebagai seorang pelajar, bila tahun kita nak menghadapi UPSR, PMR mahupun SPM, bukankah terlalu banyak ujian dan peperiksaan yang kita ambil. Kertas daripada negeri lain lah, daripada tahun 2000 berapa entah. Sedangkan kita dah belajar, jadi apa tujuan cikgu ulang benda-benda yang sama je? Kerana Cikgu mahu kita mencapai kejayaan dan menjadi semakin kuat dan yakin untuk mengambil peperiksaan yang sebenar. Begitu juga dalam kehidupan, Tuhan mahu kita menjadi semakin kuat dan yakin untuk menghadapi kehidupan sebenar.

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tennag & sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu"
-At Tagaabun:11-


Kesimpulannya, kita memang perlukan seseorang atau sesiapa sahaja untuk sentiasa mengingatkan kita dan berulang-ulang menasihati kita supaya kita berterusan melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk. Jadi, janganlah kita mudah melatah dan melenting apabila ada yang menegur kita. Lupakan apa yang buruk dalam nasihat itu, cuba lihat perkara yang ingin disampaikan kepada kita. Mari sama-sama muhasabah diri.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui orang² yang berdusta(dalam keimanan)"-Al-Ankabut:2-3-

He is always with u. Dont feel bored.


2 love(s) me:

H Y D E said... [Reply to comment]

saling ingat mengingati itu penting.

salam singgah :)

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@H Y D E: ingatkan saya juga apabila saya terlupa , terima kasih singgah :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...