Pages

Good-looking , huh?

Wednesday, December 21, 2011

Kelembutannya Menawan Hatiku.

Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye

*I got to see Maher Zain this saturday! weheee! Alhamdulillah!


Daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
_____________________________________________________________________________

Definisi Lemah-Lembut
Elok perangai, halus budi pekerti, baik hati, berwajah ceria dan berlapang dada.
-Kamus dewan


Ya dan aku juga menyukai sifat lemah lembut bahkan ia dapat menawan hatiku.
Lihat sahaja bagaimana Khulafa' Ar-Rasyidin kita yang-3. Saidina Uthman bin Affan dapat menwan hati rakyatnya dengan sifat lemah-lembutnya dan tidak gemar menggunakan kekerasan. Beliau juga sering mengucapkan kata² yang baik walaupun dengan musuhnya.

Namun, kita tak perlu terlalu berlembut sehingga melupakan tanggungjawab kita dan pada masa yang sama, menjadi seorang yang tegas dan telus.

Kanak-kanak
Aku percaya berlemah lembut dengan kanak-kanak akan membuatkan mereka berasa tenang dan dilindungi, didiklah mereka dengan sifat lemah lembut namun ajarlah mereka agar bersifat sabar dan tenang menghadapi masalah. Buktinya, seorang kanak-kanak yang hyperactive , dok berlari sana-sini pun akan duduk dengan tenang jika kita memanggil namanya dengan tenang, suruh dia duduk di sebelah, pegang dia dan suruh dia diam sambil beri nasihat. Jangan menggunakan kata kasar dan menaikkan suara, takkan berkesan!


Kerana itulah perempuan menjadi ibu, yelah takkan ayah nak jadi ibu pulak hahah. Kadang kanak-kanak lebih cenderung untuk mengadu kepada ibu mereka kerana ibu lebih lembut dan menggunakan ton suara yang rendah agar mereka berasa tenang.

Remaja
I am one of them. Kalau ikut orang putih, time ni memang time orang suka memberontak dan nak ada couple ah kan? Tapi kata orang Melayu, time ni time tengah jadi 'hantu'. Sebabnya memang tak dapat dinafikan remaja sering berasa ingin tahu dan sukakan cabaran. Golongan ini juga sering rasa bersemangat mahu melaksanakan sesuatu.

Anak muda yang masih mentah ini perlukan bimbingan seseorang yang lebih tua kerana perjalanan mereka hanya separuh jalan, separuh jugaklah apa yang telah mereka lihat, jadi mungkin mereka boleh tersasar atau tersesat. Caranya adalah dengan sering mendengar masalah mereka dan cuba berlemah lembut namun pada masa yang sama bertegas dan beritahu apa yang salah dan benar tapi rasanya mereka dah mumayyiz jadi dah boleh bezakan apa yang salah dan benar.

Para remaja juga perlu sentiasa mendekatkan diri dengan Allah swt dengan sentiasa beribadat dan memohon diberi petunjuk ke jalan yang benar agar tidak terpengaruh dnegan budaya bertentangan syarak. Sentiasa dekatkan diri dengan masyarakat juga seperti menyertai kem motivasi dll. Melepak is not an option,guys. Skop beribadat itu luas, jangan terhadkannya, asalkan ikhlas kerana Allah, Insyaallah hidup selamat.

Dewasa
Wee, dah besar. Semua keputusan dibuat sendiri! Dengan itu berlemah lembut lah dengan sendiri, elokkanlah perangaimu terhadap diri sendiri. Maafkan setiap kesalahan yang telah orang lakukan terhadap kita, Insyaallah kita akan sentiasa tenang dan berlapang dada.Tunjukkanlah teladan yang baik terhadap orang yang lebih muda dengan berlemah lembut serta tidak berkasar agar mereka tidak lari daripada kamu.


Pemimpin Terhadap Rakyat
Pemimpin harus menunjukkan sikap lemah lembut dan terbuka namun menjaga hukum yang dibolehkan dalam Islam. Pemimpin tidak seharusnya bermasam muka dnegan pemimpin yang lain seperti kebanyakan pemimpin yang dapat kita lihat sekarang, mengejek antara satu sama lain dan mencari salah satu sama lain bukanlah pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik dan memperkuangkan Islam haruslah sentiasa berlembut dengan  musuhnya yang dianggap jahat agar yang jahat itu dapat berubah dan takut kepada Allah swt.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka." (Surah Ali-Imran, ayat 159)


Kita boleh mengambil contoh daripada sifat Rasulullah saw dan Para Sahabat dalam berdakwah, terbukti sepanjang 23 tahun dakwah Rasulullah saw, Islam berjaya berkembang maju dengan sifat lemah lembut dan pendekatan yang berkesan itu!

Pada masa yang sama, seorang pemimpin haruslah bersifat tegas dalam keputusan yang dilakukan jika ia tidak bertentangan dengan syarak.

Masyarakat pula hendaklah bersikap lemah lembut sesama mereka, menerima pandangan yang diutarakan dan berusaha menghapuskan bibit permusuhan daripada mengakari. Perbezaan pendapat dan pandangan politik tidak seharusnya menjadi penghalang ke arah mewujudkan kesatuan.

Skop sifat lemah lembut amat luas, tidak terhad dalam konteks hubungan sesama manusia, malah turut membabitkan hubungan sesama makhluk lain.

Untuk mencipta negara yang aman dan masyarakat sejahtera, contoh terbaik daripada Rasulullah dan sahabat sangat relevan untuk dipraktikkan. Akhlak Islam adalah penawar bagi segala masalah dan persoalan menimpa umat Islam. 


ISLAM ITU INDAH, AKHLAK DALAM ISLAM JUGA INDAH!
Jadi, tunjukkanlah identiti muslim kamu itu dengan sentiasa berlemah lembut dalam setiap urusan agar hubungan kita sesama manusia sentiasa terjaga dan kasih Allah swt terhadap kita sentiasa bertambah :)

rujukan

lembutnya kulit bayi itu





1 love(s) me:

محمد رازيق said... [Reply to comment]

tahniah. terima atas perkongsian yang menarik dan kupasan yang menarik mengenai lemah lembut. salam kenal.. free2 jmput singgah blog, jmput bc entri :SIGNAL KANAN?? SIGNAL KIRI??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...