Pages

Good-looking , huh?

Sunday, November 13, 2011

Sahabat Yang Sebenar-Benarnya Sahabat

                                                    

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya dipagi dan disenja hari dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas” (Al-Kahfi:28)



Sudah diberi panduan kepada kita cara-cara untuk memilih sahabat yang baik kerana jenis sahabat akan menentukan siapa kita pada masa hadapan.

Jika kita berkawan dengan orang yang jahat , jahatlah kita tapi jika kita kuat dan mampu mengubahnya , Inshaallah dia akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Dengan itu , marilah kita bermai-ramai bergotong-royong membersihkan menunjukkan contoh teladan yang baik agar kedudukan umat islam tidak goyah.

Kebanyakan daripada kita hanya memilih rakan dengan menilai persamaan 'otak' atau fikiran mahupun citarasa. Untuk menjadi lebih baik dan membuat perubahan ke arah yang lebih positif , pilihlah kawan yang dapat membimbing dan membentuk kita.

Berikut adalah cara-cara untuk memilih kawan.

BERAKAL

Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Berapa banyak orang jahil yang telah merosakkan orang yang berbudi. Bukan bermakna kita perlu berkawan dengan genius ajer tapi pilihlah yang bijak membuat keputusan dan tahu membezakan yang hak dan yang batil.

BERAKHLAK MULIA

"Bagi hati dengan hati ,menjadi bukti ketika ia bertaut" - Saidina Ali

Pilihlah yang mulia akhlaknya agar kita sama-sama terikut dengan sifat dia yang kadang-kadang orang gelar skema kan ? Tapi apa kisah , asalkan dia TERBAIKK

BAIK HATI

Sahabat sejati hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsur kebaikan.Pilihlah sahabat yang bila kita berbicara dan melihatnya , hati kita sentiasa mengingati Allah s.w.t :)

ZUHUD

Apabila kamu melihatnya , kamu akan segera mengingati Allah s.w.t , merasa dekat dengan Allah s.w.t. Apabila kamu melihat amalnya , kamu menjadi zuhud terhadap dunia. Sentiasalah melakukan perbincangan berilmiah dan keagamaan , aku yakin 100% persahabatan dan ukhwah yang terjalin akan kekal utuh kerana Allah !

BENAR

Sahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat pabila bersahabat. Tidak berprasangka yang tidak baik dan tidak mengkhianati temannya.


                                 


                                  


Sambil mencari sahabat yang baik , berusahalah menjadi sahabat yang terbaik !

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...