Pages

Good-looking , huh?

Sunday, November 13, 2011

Kau Kawan, Sahabat dan Teman

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Sahabat , satu perkataan yang amat sinonim dengan kita semua. Siapa yang takde kawan ? Sebenarnya , kadang-kadang kita tak sedar kepentingan kawan , bila mereka dah tiada baru kita sedar dan rasa keperitannya.






Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua

Kau sambut hulur tanganku

Bertegur sapa penuh mesra

Tak semua sahabat yang bertemu dengan cara begini kan ? Ada yang mula-mula bertemu bergaduh , kemudian bila dah bertegur sapa mesra sekali , terus jadi berkali-kali.Begitulah indahnya perasaan kasih sayang  antara kita semua yang dikurniakan Allah. Kekalkanlah ukhwah ini agar umat islam sentiasa bersatu dan sepakat.

Masa terus berlalu

Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku

Lalui semua suka dan duka bersama


Seorang sahabat yang baik sentiasa bersama rakannya tidak kira susah atau senang , tapi mudah je kita nak tengok dia ambil berat pasal kita ke tak , tengok waktu kita susah , adakah dia bersama kita?

Biarlah apapun rahsia

Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Bukan bermakna kita terima semua kelemahannya begitu saja , kawan yang terbaik ialah yang sering menasihati dan menegur kita dengan cara yang baik.

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza

Andainya tetap serupa

Ya , pandangan kita sering saja berbeza namun perbezaan itu lah yang lebih merapatkan kita. Perbazaan pandangan juga dapat meluaskan pandangan kita , mungkin kamu atau aku salah, lalu kita perbetulkan silap itu. 

Adakalanya kita juga saling terluka

Namun di akhirnya kita tetap bersama

Mungkin aku pernah lukai hati kamu tanpa aku sedari atau kamu pernah terlajak kata tapi tidak mengapa, manusia memang sering lupa , lalu ingatkan lah aku apa yangs alah dan yang benar kerana aku tidak mahu melukai kamu lagi.

Dan kini dipisahkan dua benua

Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan 
Detik yang indah bersamamu temanku

Mungkin kita tidak bersama lagi sekarang ini tapi ketahuilah , kau sentiasa di dalam doa aku. Mungkin kita juga bakal berpisah, ketahuilah aku tidak akan melupakanmu dan tolong jangan lupakan aku.

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula

Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Aku pasti kita akan bertemu, mungkin bukan di sini , Inshaallah di taman syurga ! 

                               
Ditujukan khas buat rakan-rakanku terutamanya Afnie Mazlan dan Izzatul Atiqah juga Asna Khalidah bt Mohd Shobri , i love you guys ! Asna , aku yakin kita akan bertemu !




Mahu tahu jenis-jenis sahabat yang baik ? Klik sini !

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...