Pages

Good-looking , huh?

Thursday, September 8, 2011

Aku kan sentiasa bersamamu





Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye

Bismilahirrahmanirrahim.Pada pagi Jumaat yang indah ini , saya ingin berkongsi sedikit kesudian hati ini untuk -menolong anda . Perjuangan umat Islam terdahulu dan dugaan yang menimpa negara Islam yang masih dijajah oleh rejim zionis membuatkan saya sering mempersoalkan apakah sumbangan saya terhadap agama saya- Islam.?

Jauh di sudut hati saya , tersimpan cita-cita untuk menjadi sukarelawati di Gaza , namun impian itu sangatlah samar . Mungkin sebagai pendakwah ? emmm ...ilmu agama saya seperti segelas air berbanding air di lautan namun itu tidak menjadi masalah kerana saya masih boleh belajar ... Pada usia yang masih setahun jagung , saya yakin pasti ada perkara yang boleh saya lakukan kot-kot manalah tahu tak sempat nak mencapai cita-cita setinggi langit itu , saya yakin kita, -remaja-remaja- yang masih kurang pengalaman ini dapat membantu saudara Islam kita yang masih mencari cahaya dan tersasar di jalanan.


Marilah kita bantu saudara Islam kita dengan sentiasa bersama , menasihati mereka tak kira susah atau senang.Nak tahu cara dakwah yang paling berkesan ??

Menunjukkan contoh yang baik.
Jika kita lihat bagaimana ramainya orang yang memeluk Islam kerana melihat sifat dan sikap Rasulullah s.a.w yang lemah lembut dan mudah memaafkan. Terdapat satu kisah di mana   seorang kafir yang sering membuang sampah di hadapan rumah baginda namun sifat pemaaf Rasulullah s.a.w dan kesudian baginda melawat si kafir itu di rumahnya sewaktu dia sedang sakit telah membuatkan si kafir itu memeluk Islam dan meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w.

Sama juga jika kita ingin menolong rakan yang mungkin menerima musibah yang agak sukar untuk dihadapi , keep walking with them , jangan biarkan mereka hanyut , kerana mereka itu adalah saudara kita , SAUDARA ISLAM.
Jika dia mudah marah , tunjukkanlah sifat sabar dan berilah kata-kata yang menenangkan buat mereka Inshaallah mereka akan menerimanya.Kadang-kadang , perbincangan secara individu adalah lebih berkesan dan hati orang yang mendengar akan lebih lembut dan senang untuk menerima , mereka juga akan rasa masih disayangi dan ada orang yang ambil berat.



mari lah dengar lagu tanpa muzik yang sangat best daripada NO BEATS NECESSARY , kump nasyid dari UK .

Rakan-rakanku , Allah itu sangat dekat dengan kita , lebih dekat daripada urat leher kita sendiri
Percayalah , Allah akan tolong kamu keluar daripada kesengsaraan.

keep walking together , muslims

menuju ke jalan Nya!


"Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain, adalah seperti sebuah binaan, yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain". (Al Thabrani)


"Tidak dapat dicapai kemenangan melainkan dengan kekuatan dan tidak dapat dicipta kekuatan melainkan dengan perpaduan".-Pepatah Ara

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...