Assalamulaikum Warahmatullah.
Hello Hye !
Manusia A : manusia B , kau ada jemput manusia C makan sekali ngan kita semua idak ?
Manusia B : HOIII , buat apa aku ajak manusia C itu ! Ko tak ingat dulu dia ajak kita makan nasi ayam dengan dia , muka dia camne ! macam orang tak online setahun !
Manusia A : Emmmm... no comment , apa-apalah , asalkan aku dapat makan !
______________________________________________________________
Situasi di atas pasti pernah terjadi dalam kehidupan kita kan ?
Rasa macam geram dan malas je nak berbuat baik dekat orang yang tak buat baik kat kita ..
Biar dia rasa apa yang kita rasa dulu ! Huhhh !
Tapi kan , siapalah kita ni nak menghukum orang lain sewenang-wenangnya sedangkan mungkin kita juga begitu tapi yelah , mungkin tak perasan kan ..
Rasulullah S.A.W bersabda: “Hendaklah kamu berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat kepada kamu.”
Semua perkara di atas ada kaitannya dengan IKHLAS & berbuat BAIK.
Janganlah kisah samada orang itu ikhlas atau tidak , cuba lihat diri kita , jika kita nak kumpul pahala , nak dapat keredhaan Allah , kita yang perlu mengubah diri kita dengan tidak membua penilaian terhadap orang lain ,NILAIlah diri sendiri , Sesungguhnya kita cuma insan yang kerdil.
Mana tahu kan bila dia tengok kita sentiasa senyum , tak buat muka macam ni dah . pastu dia rasa malu dan bertaubat , bukan ke kita pun dah dapat pahala dah ?
IKHLAS- ikhlas itu adalah rahsia kita dan Allah , itulah perasaan yang manusia lain takkan dapat tahu jadi samada orang itu ikhlas atau tidak , hanya Allah s.w.t yang dapat menilai.
Manusia D :Ko ikhlas ke pon tolong dia ?? Entah-entah nak meraih perhatian sajerrr..
Manusia E :Errr , kenapa soalan kau begitu kejam ?
_______________________________________________________________________
Dalam Islam ada konsep muslim dan mukmin , ada 3 peringkat iaitu :
Islam : Menyerah diri kepada Allah s.w.t , tunduk , patuh kepada perintahNya serta membenarkan perkara yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
* Jadi jika kita tidak tutup aurat , meninggalkan solat dll adakah kita orang Islam ?
Iman : Mengaku dengan lidah , membenarkan dalam hati dan mengamalkan segala perintah Allah s.w.t.
* sekali lagi , persoalan yang sama muncul kan ?
Ihsan : Melakukan sesuatu ibadat atau sesuatu pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.
sumber : Pend. Islam ting 2 ; Konsep Muslim dan Mukmin
______________________________________________________________
Thanks for reading. moga-moga kita sentiasa ikhlas dalam melakukan segala pekerjaan , semuanya kerana Allah , bukan kerana ingin menjaga hati orang lain atau meraih perhatian.Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu semuanya datang dari kekhilafan diri sendiri . BYEEE !
0 love(s) me:
Post a Comment