Pages

Good-looking , huh?

Friday, June 10, 2011

Wanita di Barat , bebaskah mereka ?

Assalamulaikum Warahmatullah

Post ni saya copy 100% daripada blog Don't Stress
Pemiliknya membenarkan siapa2 saja untuk copy kerana 'Semoga usaha anda dapat mengembangkan dakwah Islam dan diredhai ALLAH.'


Post berkaitan  ---> Because of Hijab
____________________________________________________



Jika kita meneliti kata-kata Sarkozy:
“purdah bertentangan dengan harga diri wanita”

Dan kata-kata Cope (salah seorang pengganti Sarkozy berhaluan kanan):
“Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita”

Sungguh kita merasa pelik dengan kedua-dua kenyataan ini! Adakah layanan dan harga seseorang wanita itu dikatakan tinggi dengan membenarkannya terlanjang di khalayak ramai, sebagaimana di Perancis dan lain-lain Negara Barat? Sesiapapun yang mempunyai mata telah dan sedang menyaksikan keruntuhan moral masyarakat Barat yang begitu dahsyat. Statistik mengenai perkara ini tersiar dan dapat disaksikan di seluruh dunia. Angka perkahwinan sah (legal marriage) di Barat semakin menurun yang membawa erti bahawa masyarakat lebih cenderung melakukan hubungan seks di luar nikah dan ini merupakan hal yang baru. American Newsweek edisi Januari 2003 menyatakan:
“lebih separuh anak yang dilahirkan di Sweden dimiliki oleh pasangan yang tidak pernah berkahwin”

Di Perancis dan Britain pula, angka ini menjangkau 30%. Manakala di Amerika, tingkat kehamilan di luar kehamilan perkahwinan lebih dari dua kali ganda berbanding negara-negara Barat lainnya. Berdasarkan laporan News and World Reportlebih dari sejuta anak gadis Amerika mengandung dan 75% ialah tanpa nikah. Dari jumlah tersebut, 80% ialah ibu-ibu muda yang miskin dan memerlukan bantuan dari pihak pemerintah. Pusat penelitian ini juga mendapati bahawa ketika ini,setiap dua orang anak yang lahir di Amerika, satu darinya ialah anak hasil dari hubungan zina. Itu belum termasuk jumlah anak/kandungan yang digugurkan.

Meningkatnya keruntuhan moral di Barat diiringi pula dengan meningkatnya kes kekerasan seksual seperti kes-kes rogol. Di Amerika sahaja, setiap tahun lebih dari 700 ribu wanita telah dirogol!Lembaga penelitian RAINN dalam laporan menyatakan,
“Dari setiap 6 orang wanita di Barat, seorang darinya ialah mangsa rogol”

Lembaga ini juga menyingkapkan reality yang lebih pahit, iaitu bahawa 40% dari pemerkosaan tersebut dilakukan  di dalam rumah dan sebahagian besarnya dilakukan oleh ahli keluarga terdekat, 20% di kawasan kejiranan, rakan atau saudara, dan 25% lagi di lokasi umum. Dan kesemua angka-angka kebejatan akhlak dan jenayah terhadap wanita ini semakin meningkat saban tahun.

Inikah ketinggian taraf dan layanan hebat yang dikehendakidan diberikah oleh kuffar (orang-orang kafir) Barat terhadap wanita?Pemimpin barat begitu berbangga dengan kebebasan individu yang dijunjung mereka dan mereka menyatakan bahawa mereka telah ‘memuliakan’ dengan kebebasan ini. Nah! Data-data di atas memperlihatkan hasil ‘kemuliaan’ yang telah mereka berikan ke atas wanita selama ini!

Ini dari satu sudut. Dari sudut yang lain, pemimpin Barat ini kononnya begitu menghormati kebebasan peribadi ke atas setiap orang sehingga seseorang wanita itu dibenarkan berpakaian dengan apa cara sekalipun mahupun langsung tidak berpakaian di khalayak ramai, selama mana seseorang itu tidak mengganggu kebebasan orang lain. Namun apabila wanita-wanita Islam ingin memakai purdah yang juga langsung tidak pernah mengganggu orang lain, tiba-tiba hal ini diharamkan oleh mereka! Inilah bukti hipokrasi dan double-standard Barat serta kebencian mereka kepada Islam! Mereka boleh membenarkan sisters dan nun(paderi pompuan) untuk memakai tudung dan jubbah mengikut agama mereka, namun apabila seseorang Muslimah ingin mengenakan tudung dan jubah mengikut agama Islam, kuffar Barat ini terus menghalang, mempersoalkannya dan berusaha mengharamkannya.

Sama2 lah kita renungkan betapa kita muslimah terjaga dengan elok .
Bayangkanlah , makanan yang tidak diutup pasti tercemar dan dihinggap lalat namun jika kita tutup dengan tudung saji pasti tiada lalat yang akan hinggap dan pasti kekal bersih dan sedap dimakan :)


Tapi ingat , TUTUP AURAT bukan bungkus aurat !!

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...