Good-looking , huh?

Monday, October 29, 2012

Wo Ai Ni because of Allah



Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Sejak kebelakangan ini, aku perasan yang aku jarang sekali mengambil kesempatan yang ada dengan menulis sesuatu yang berfaedah. Err, kedengaran annoying ya di situ. Mungkin juga aku sudah lupa akan kata-kata yang tertulis di header blog ini yang mana merupakan niat aku untuk menulis. Tapi, takpe.. selagi kita ada ilham, selagi itu kita jangan berhenti menulis kerana ia merupakan kurniaan Allah dan ia boleh jadi 'a good investment in the hereafter' Insyaallah!

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan yang utuh agar kekuatan umat Islam akan terjaga dan boleh menjadi benteng daripada sebarang mehnah dan tribulasi yang menimpa masayarakat. Namun, kita sering lupa akan semua itu.

Apabila perbezaan ideologi politik menjadi keutamaan, kita lupa tanggungjawab kita sebagai satu ummah yang bertanggungjawab antara satu sama lain. Orang yang kononnya berpendidikan tinggi pula lah yang menjadi dalang kepada perpecahan ini. Yang tidak berpendidikan pula, termangu-mangu, ikut saja kata dalang ini membuta tuli. Lalu, terbukalah ruang perpecahan antara kita. Syaitan pula duduk di tengah terbahak-bahak, seronoknya dia dapat memutuskan silaturrahim si anak adam ini. Ulama' pula ego dan sombong serta lupa akan tanggungjawab mereka, bila roh ulama' mati dan hilang, haishhh.




Apabila perbezaan warna kulit menjadi keutamaan, kita lupa bahawa kita ada tali Allah. Yang itu susah benar mahu menolong saudara baru. Yang kahwin dengan mat saleh pun agama terketar-ketar, bagaimana mahu mendidik si mualaf?

 Anak remaja pula terbabas dalam keseronokan, hanyut... berpegang pada prinsip 'freedom' bak kata orang putih. Ada pula yang suka benar pertahankan idola masing-masing, mungkin mereka fikir 'idola' mereka itu boleh membantu mereka menjawab persoalan Munkar & Nankir. Bila ditegur, aih marah! Awak tahu kita tegur awak sebab kita sayanggggg. Bukankah menyanyangi saudara seislam itu menjadi tanggungjawab kami? 

Kita akan menjadi SATU bila kita utamakan urusan agama.
credit to Aiman Azlan
Yang paling padah, bila perasaan hasad dengki, berburuk sangka dan cemburu menguasai diri, hubungan persaudaraan seislam dilupakan, bila emosi menguasai diri, kita saling menyalahi. Bila nasihat tidak diterima, kita mula mengamuk. "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Maka, bila hati itu penuh dengan sifat negatif, hilanglah sifat bertimbang rasa dan ambil berat terhadap saudara kita... Alangkah sayangnya... Betapa mudahnya kita kehilangan ukhwah yang terbina. Ini semua kerana rosaknya hati kita kerana sering bersangka buruk terhadap orang lain.


Dan ingatlah... Muslim adalah bersaudara. Kita berpegang teguh pada tali Allah yang sama.

"Seseorang Muslim adalah bersaudara kepada seseorang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Maka buanglah perasaan negatif dan sangkaan buruk kepada orang lain kerana hakikatnya mungkin mereka yang kita pandang rendah akan menjadi saudara muslim yang baik buat kita dan mungkin satu hari nanti kita mereka inilah yang akan mendoakan kesejahteraan kita kerana sesungguhnya muslim itu saling mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain seperti yang diajar Rasulullah s.a.w ^^

"Kalian tak akan masuk syurga sampai kalian beriman dan saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan satu amalan apabila dilakukan akan membuat kalian saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam antara kalian.
(Riwayat Muslim & Abu Hurairah) 


Ukhwah itu indah bila kita saling mencintai dengan ikhlas.
Assalamualaikum Warahmatullah
Peace be upon you
May Allah bless you 

                                                 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...