Good-looking , huh?

Thursday, July 5, 2012

Pimpinlah kami, lindungilah kami, Wahai Lelaki.

Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye
Salam Jumaat.

Pada hari Jumaat yang mulia ini, setelah aku pulang dari sekolah sedikit awal kerana hari ini merupakan hari Penyerahan Laporan Kemajuan Pelajar, ingin aku luahkan buah fikiran dan pandangn aku terhadap .....ahhhhhhh..... aku pun tak tau nak tulis apa. Yang aku tahu, entri ini berkaitan dengan lelaki. Ya, selama ini kita banyak jumpa entri pasal wanita, perempuan, kanak-kanak perempuan bla bla bla. Apa kata kali ini kita tulis sesuatu yang berbeza pulak kan? wah bestnyaaaaaaaaaaa. Pehal aku ni

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)

Telah jelas ditulis dalam Al-Quran bahawa lelaki itu ialah pelindung bagi wanita. Noktah. Tapi kenapa kan sekarang ni, perempuan dan lelaki sama je, tak mampu nak melindungi diri sendiri. Perempuan tak tau nak jaga diri sendiri, lelaki tak mampu nak lindungi wanita dan lindungi diri sendiri pada masa yang sama.


Hal ini rentetan daripada kejadian yang berlaku terhadap rakan aku tempoh hari sewaktu kami menyertai Ipoh International Run pada 1/7/2012 yang lepas. Alkisah, rakan aku (B) telah menegur 'beliau' iaitu lelaki keparat tak guna yang sering mengacau rakan aku (A) melalui sms secara baik. Lalu, mereka (lelaki keparat tak guna dan rakan aku, A & B telah terserempak di Stadium Indera Mulia, cehhh hehe. Akibat tidak berpuas hati menerima teguran daripada seorang perempuan yang dianggap lemah, 'beliau' naik angin dan mula mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan kepada B sewaktu mereka bertembung. Dan lelaki keparat tak guna itu juga kacau-kacau A. Ahh, ruginya aku tiada di tempat kejadian kerana ke tandas setelah banyak minum air percuma daripada pihak penganjur larian itu. grrr..


Setelah itu, seorang lagi akan aku yang aku gelar (C) berasa api kemarahannya telah membara terhadap lelaki-lelaki yang tiada respek terhadap perempuan itu telah menghamburkan kata-kata yang kurang menyenangkan terhadap lelaki-lelaki keparat tak guna tersebut. Sambil itu, ada antara lelaki tak guna itu telah menghembus-menghembus asap rokoknya terhadap C. One word-bodoh. Salah seorang daripada lelaki tak guna itu hampir-hampir terajang C tetapi ditahan oleh rakan 'beliau'. Apekehalnya yob, hang ni dayus ka apa, aku tau lah.


Cuba bayangkan lelaki2 keparat bertukar jadi pemuda soleh. Wahhh.. 
 Lelaki je ke salah?                                  
Jelas daripada peristiwa tersebut, ramai lelaki yang sudah hilang perasaan hormat terhadap perempuan. Sebenarnya, ingin aku tekankan kat sini, bukannya lelaki sahaja yang sudah hilang hormat terhadap perempuan tetapi perempuan juga sudah hilang hormat terhadap diri sendiri. Ye lah, dah orang perempuan dedah sana sini, bonjol sana sini. Mana kehormatan hang? Hang nak expect lelaki boleh ke nak tundukkan pandangan mata diorang kalau hang tau tau nak tahan nafsu yang membuak-buak untuk berpakaian colourful, sendat-sendat bertujuan kelihatan cantik menawan kau memang daboom. Tuntasnya, dua-dua, lelaki mahupun perempuan kena menjalankan tanggungjawab masing-masing. Lelaki, perempuan tutup aurat. Lelaki, perempuan tundukkan pandangan. Jangan pandang lebih-lebih. Haip!


                                

Memandangkan entri ini tujuan asalnya adalah untuk para pemuda, mari kita renungkan bersama-sama tak kira lelaki atau perempuan sudahkah kita memainkan peranan kita?

Sudahkah lelaki memainkan peranan sebagai pemimpin dan..
sudahkan perempuan memainkan peranan sebagai orang yang dipimpin?

Seperti yang diketahui umum, lelaki ini bersifat gagah dan lebih rasional berbanding perempuan yang lebih emosi dan lemah lembut. Lihatlah... bukankah Allah itu Maha Bijaksana, Dia mencipta lelaki dan perempuan dengan sifat yang amat kontra kerana sifat kontra inilah yang mampu membuatkan kita, manusia mengatur kehidupan  agar tidak binasa. Bayangkan lelaki, perempuan sama sifat. Gila. Haha. Tak indahlah dunia ini, bukankah seindah-indah hiasan ialah wania solehah? lemah-lembut, sopan santun, bla bla bla.

Oleh sebab lelaki yang mempunyai sifat rasioanal dsb, kamu! Ya kamu! Lelaki haruslah memimpin dengan cara sebenar-benar pemimpin.

Apabila ingin menegur, gunakanlah cara yang paling berhemah namun menusuk kalbu. Janganlah menggunakan kata-kata nista dan kesat, gerenti semua orang pekakkan telinga!
Apabila ingin mengubah, pastikan diri kamu sudah benar. Contohnya, kalau nak suruh perempuan labuhkan tudung, tolong jangan pakai seluar pendek bila main bola. Tapi kalau nak tegur, tegurlah, dapat pahala gak sebab melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Paling utama, jadilah lelaki yang patuh terhadap Tuhan dan Rasul sebelum ingin mendekati mana-mana wanita. Kelak kamu dan Si Dia boleh membina mahligai di sana. Sana? Hehe.

taken from here
Akhir sekali, ingin aku bermadah di sini. Bukankah hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri lelaki. Tulang rusuk yang dekat dengan hatimu wahai lelaki. Perempuan itu dekat dengan hatimu bukan untuk dipermainkan, bukan untuk dipersendakan namun untuk dikasihi, untuk ditegur dengan lembut dan untuk dijadikan penawar hati, penyejuk hati. 


                        


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...