Good-looking , huh?

Wednesday, July 18, 2012

Bawa gadget ke sekolah? Lebih baik atau buruk?

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Entri ini ditulis bertujuan hanya untuk menyatakan pendapat aku yang mungkin ada kekurangan namun ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang pelajar semata-mata.

Seperti yang semua sedia maklum, "Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan." -  UTUSAN


Alangkah terkejutnya aku mendengar berita ini, bukannya kerana aku gembira dengan cadangan ini tapi kerana aku TAK SETUJU. Bagi aku, membawa gadget-gadget ini ke sekolah bakal mendatangkan lebih banyak kesan buruk berbanding yang baik.

Pertama, mari kita senaraikan kesan baiknya.

1. Dapat call ibu bapa dengan serta merta jika ada kecemasan memandangkan terlalu ramai yang ingin menggunakan telefon awam di sekolah, lalu kena beratur panjang-panjang. Dan-dan tu jugaklah, telefon awam yang lain rosak.. adoyaii.... Tapi bagi aku kalau ada event seperti Hari Sukan di sekolah, boleh je lah bawak handphone. Tapi bukan setiap hari!

2. Kalau boleh bawak laptop atau Ipad pula, kita boleh mencari maklumat dan informasi dengan lebih cepat, tidak perlu balik rumah dulu.. bukak laptop, search... print... tunjuk kat cikgu..bla bla bla. Sekali gus, meningkatkan kemajuan proses P&P di dalam kelas. Pelajar juga boleh menjadi lebih produktif dan perbincangan juga dapat dilakukan di dalam kelas dengan lebih berkesan dan efektif. Insyaallah..

Namun, tak bermakna setiap perkara yang kita putuskan dan lakukan tiada keburukannya. Malah, kesannya mungkin lebih buruk. Tamsilannya...

1. Masalah kecurian.
Memang tak dapat dinafikan, perbuatan ini kadangkala sukar dibendung. Bayangkan, alat-alat tulis pun dikebas dek orang inikan benda-benda besor seperti gadget. Lebih-lebih lagi, kalau gadget itu berjenama mahal. OMG. Oh Menangis Gila kau.

2. Menambahkan kerunsingan cikgu.
Memang gadget-gadget ini semua tanggungjawab sendiri namun... namun.. Bayangkan kalau ia dicuri. Pasti kecoh, percayalah. Lalu semua pihak sekolah termasuk guru-guru menjalankan operasi menyoal siasat dsb. Percayalah juga, kalau ada gadget yang hilang, tak mungkin pihak sekolah mengambil keputusan berdiam diri dan meninggalkan awak dalam kesedihan, pasti ada cikgu yang berusaha menolong awak. Pastinya juga, masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah kian bertambah dan bertambah! Oh, habislah cikgu disiplin dan pengawas. Sentiasa menjalankan operasinya, tak senang duduk dibuatnya.

3. Penderaan emosi kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Hei, kau ingat semua orang ada lappy, ada phone sendiri? Bayangkan, saudara saudari sekalian jika anda datang dari keluarga yang live from hand to mouth. Handphone tadak, laptop tadak, hapak pun tadak. Datang-datang sekolah je, semua pakat bukak wifi. Semua pakat pergi Google Play. Semua pakat-pakat menunjukkan gadget masing-masing. Tidakkan semangat anda untuk ke sekolah, mencari ilmu jatuh? hilang? Tidakkan perasaan rendah diri semakin menebal? Jelaslah, anak-anak ini akan mengalami penderaan emosi yang tinggi di sekolah dan mungkin berasa malu akan dirinya yang tidak mempunyai gadget-gadget canggih tersebut.

4. Show off time.
Jangan lupa, pasti berduyun-duyun anak orang kaya bakal show off dengan gadget mereka yang tak boleh menolong mereka di akhirat kelak. Pasti ramai pelajar yang berlumba-lumba memujuk, menekan, memaksa ibu bapa mereka membelikan gadget terbaru di pasaran. Maklumlah, ibu bapa zaman ini hanya mahu melihat kegembiraan anak mereka dan tidak mahu anak-anak mereka mengharungi zaman kesusahan seperti mereka dolu-dolu.Pastinya, situasi seperti ini akan melahirkan individu yang manja, tak pernah merasai kesusahan dan tidak berdikari!

I ada laptop Snow White, cute kan? Kau ada? hahah
-gambar hiasan-
                                   

5. Masalah sosial.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa masalah sosial kian meningkat. Antara masalah yang mungkin timbul adalah merakam video yang tidak sepatutnya. Perkara ini sudah pun berlaku walaupun handphone masih tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. Jadi, masalah ini mungkin bertambah buruk jika kerajaan sendiri membenarkan gadget-gadget dibawa ke sekolah.

6. Gangguan ketika proses P&P.
Akhir sekali, gangguan ketika proses P&P pasti akan berlaku. Pelajar mungkin membalas mesej secara senyap-senyap ketika guru mengajar.Saya memberi cadangan apabila proses P&P dijalankan, gadget-gadget yang tidak diperlukan seperti handphone disimpan di dalam bekas dan diletakkan di atas meja guru di dalam kelas. Dengan ini, tiada gangguan P&P yang bakal berlaku. Pelajar juga tidak perlu risau akan masalah kecurian. Tapi, perkara ini tidak boleh dijamin selamat terutamanya apabila sedang berlakunya proses P&P di luar kelas.


******
Jika kerajaan benar-benar serius (memang serius pun) dalam hal ini, perkara ini tidak sepatutnya dirangka begitu sahaja.Penelitian harus dilakukan oleh pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum merangka kembali Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012. Pihak sekolah harus mengambil tindakan susulan dengan mengetatkan peraturan jika pelajar ingin membawanya ke sekolah. Perbincangan juga harus dibuat antara pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan PIBG untuk langkah yang lebih berkesan dan efektif untuk mengelak daripada kesan yang teramat buruk. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah!

p/s: Walaupun kerajaan dan sekolah belum memastikan Draf Peraturan ini, pelajar-pelajar sudah pun terlebih dahulu membawa gadget ke sekolah tanpa kebenaran sesuka hati sejak berkurun-kurun lamanya. Haha.

"Ya! Semua yang Faiqah katakan saya setuju! Benar! Benar!
Tapi best jugak bawak laptop Apple ni pergi SK Kucing Comel dan Seangkatannya kan?
Boleh tunjuk dekat Pak Cik ngan Black"
                    

2 love(s) me:

Hikaru Yui said... [Reply to comment]

betul tu... actually selama ni xdibenarkan bawak bukannya satu masalah pun.. kalau bagi bawak lg byk mslah =p

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Hikaru Yui: Entah.. masalah takde, saja saja nak cari masalah. Memang ada kebaikannya, tapi keburukannya lebih jelas..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...