Pages

Good-looking , huh?

Friday, June 29, 2012

Jom berkhusyuk-khusyukan dalam Solat!

Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye

Salam Jumaat.(well, masih belum pukul 12)

Pada sayyidul ayyam ini, ingin aku berkongsi sebuah video yang tak lebih 6 minit untuk dihayati dan dikongsi bersama.

Mari tonton, jangan tonton sahaja, mari kita  ambil kisah dengan istiqamah dan khusyuk memahami makna bacaan solat kita! Weeeeee..weeeee...drypers(????)





Mungkin..mungkin ada yang rasa bosan dan tak penting pun untuk memahami maksud bacaan dalam solat kita sebab asal solat sudah, kira baguslah tu kan? Choppp!, mampukah kita khusyuk? mampukah kita mendapatkan hasil yang berlipat ganda?

Jom berkhusyuk-khusyukan dengan memahami maknanya!

Lebih khusyuk, lebih mudahlah kita hendak dekat dengan Tuhan, bila dekat dengan Tuhan, hati rasa tenang, you can't deny that! Bila hati sudah tenang, bolehlah bergumbira dan tersenyum-senyum selalu lalu semakin banyak amal dilaksana, bila semakin banyak amal dilaksana, makin banyaklah pahala of cos! Pahala banyak, mudah mendapat tempat di syurga dan syafaat Nabi di akhirat kelak! Siapa tak nak? Orang yang otak berkarat je tak nak.

Otak korang tak berkarat kan?

Jadi, marilah kita beramai-ramai tambah amal ibadat. Di samping menambah amal ibadat, marilah kita faham akan makna di sebalik bacaan yang kita lakukan. Apabila solat, fahamilah makna bacaannya. Apabila berzikir juga, fahamilah makna puji-pujian terhadap Allah yang telah kita ucapkan. Apabila membaca Al-Quran, jangan lupa baca tafsirnya sekali. Insyaallah, kita akan mudah peroleh nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa :)


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


P/s : Jika anda mampu menghafal lirik dan biodata artis kesayangan anda, mengapa tak mampu memahami makna bacaan solat? Artis tak bawa ke kubur, solat pula perkara pertama yang bakal disoal di akhirat kelak. Mari menjadi Hamba bak kata Hilal Asyraf.

pps: Ramadhan is around the corner!

ppps: Tajuk entri ini mempunyai kesalahan tatabahasa yang melampau. Maaf beribu sesalan XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...