Pages

Good-looking , huh?

Friday, June 15, 2012

Adakah kita kawan atau musuh Iblis? Hmmm.. Let's see

Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye
Salam Jumaat
Selamat menambah amal ibadat :)

Pada hari ini, penghulu segala hari, marilah kita sama-sama bermuhasabah. Mengenangkan amalan-amalan kita. Mengenangkan implikasi amalan-amalan kita serta melihat dan berfikir kembali adakah benar kita ini memusuhi syaitan atau itu hanya sekadar cakap-cakap sahaja? Mari kita kenali diri kita dahulu. Adakah kita musuh syaitan yang direjam atau kita kawannya?? Meh pikiaq sat..

taken from here

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.-(Al A'raf : 200)


15 Musuh Syaitan

  1. Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Imam dan pemimpin yang adil. 
  3. Orang kaya yang merendah diri.
  4. Pedagang yang jujur dan amanah.
  5. Orang alim mengerjakan solat dengan khusyuk dan amanah.
  6. Orang mukmin yang memberi nasihat.
  7. Orang mukmin yang berkasih sayang.
  8. Orang yang sentiasa dan cepat bertaubat.
  9. Orang yang menjauhkan diri daripada yang haram.
  10. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
  11. Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.
  12. Orang mukmin yang baik budi pekerti dan akhlaknya.
  13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain.
  14. Orang yang mengafaz Al-Quran dan selalu membacanya.
  15. Orang yang berdiri melakukan solat pada waktu malam sedang yang lain tidur.



"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah."
(Al-Mujadilah: 19)


10 Kawan Iblis
  1. Hakim yang tidak adil.
  2. Orang kaya yang sombong.
  3. Pedagang yang khianat.
  4. Pemabuk/ Peminum arak.
  5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
  6. Pemilik harta riba.
  7. Pemakan harta anak yatim.
  8. Orang yang melengahkan dan sering meninggalkan solat.
  9. Orang yang enggan berzakat dan kedekut.
  10. Orang yang selalu berangan-angan & sering berkhayal akan perkara yang tidak berfaedah.



Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.(An-Nisaa' 4:120)

Jadi kita tergolong dalam golongan yang mana?


JANJI SYAITAN UNTUK MENYESATKAN MANUSIA

Allah S.W.T berfirman : "Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya)". (Saba: 20) 


 Benar sangkaan Iblis bahawa ramai daripada manusia yang akan mengikutinya, iaitu mengikut pujukannya.


 Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam sepertimana yang diperintahkan Allah. Maka Allah telah memberi peluang kepadanya untuk memohon keampunan daripada Allah, tetapi dia enggan dan meminta agar ditangguhkan laknat Allah (hukuman dan azab) sehingga hari kiamat nanti: Allah S.W.T berfirman: "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat." (Hijr:35) 


 "Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)." (Hijr:36) 


 Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh." (Hijr:37) 


 "Hingga ke hari (masa) yang termaklum". (Hijr:38) 


 Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Hijr:39)


 "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (ikhlas)". (Hijrr:40) 


 Dalam ayat yang lain pula disebut: "…Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)". (Isra: 62)


 Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup". (Isra:63) 


 "Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata". (Isra: 64) 


 Pujukan Iblis Syaitan dalam menyesatkan manusia adalah melalui suaranya, kaki dan tangannya. Ulama mentafsirkan suara itu adalah muzik, manakala kaki dan tangan pula adalah joget atau tarian. 


 "Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu". (Saba:21)


 Pada hakikatnya Iblis Syaitan tidak berkuasa menyesatkan manusia, melainkan dengan izin Allah. Allah memberi manusia pilihan dalam menentukan dan memilih masa depan samada yang cerah atau yang gelap. 


 "Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? "(Balad:10) 


 Iblis Syaitan juga tidak mampu menyesatkan hanba-hamba Allah yang Ikhlas. Oleh itu jadilah hamba Allah yang sejati, dunia dan akhirat


 Allah S.W.T berfirman: "Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)". (Isra:65)

4 love(s) me:

Unknown said... [Reply to comment]

nauzubillah..minta2 dijauhkan .amin.Ya Allah lindungi aku dr syaitn yg drejam

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Jia Creatifelt : Amin.... Semoga Allah lindungi kita daripada hasutan syaitan yang direjam....

Fa DiN B2UtY said... [Reply to comment]

syaitan..ade je jalan...kene kuatkan iman dngn dkat kan dri dngn allah..:)

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Fadin : Yup, itu yang utama.. Sentiasa ingat Allah agar tidak mudah terpedaya dengan bisikan syaitan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...