Good-looking , huh?

Friday, May 11, 2012

Nyeh nyeh. PPT and stuff.

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam sejahtera saya tujukan kepada rakan-rakan sekalian.
Menulisnya saya di sini adalah untuk menyatakan saya sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Peperiksaan Pertengahan Tahun atau  singkatannya PPT merupakan antara peperiksaan yang penting buat saya. Namun, peperiksaan yang paling penting buat tahun ini ialah Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan seterusnya, Percubaan PMR. Woi, kalau aku tak dapat strive untuk percubaan, punahlah harapan aku untuk ke sekolah sains.



Keduanya, saya ingin memaklumkan kepada sesiapa yang membaca walaupun saya yakin kalau ada orang baca pun mungkin seorang dua orang (terima kasih kepada pembaca :) bahawa saya telah menempek jadual peperiksaan yang bakal saya duduki pada tahun ini pada sebelah kanan skrin anda. Ya, kanan skrin anda. Maaf, kesalahan tatabahasa, bukan pada skrin anda namun pada blog saya tetapi terpapar pada skrin anda.

_______________________________
8/2-10/2 : Pra Ujian Selaras Berfokus 1 (/)
6/3-8/3 : Ujian Selaras Berfokus 1 (/)
16/4-18/4 : Pra Peperiksaan Pertengahan Tahun (/)
10/5-18/5 : Peperiksaan Pertengahan Tahun
17/7-19/7 : Pra Peperiksaan Percubaan PMR*
3/8-10/8 : Peperiksaan Percubaan PMR*
18/9-21/9 : Pra PMR*
2/10-4/10
8/10-9/10 : PMR*


*Bukan tarikh rasmi, tertakluk kepada pindaan.

Doakan saya dapat strive untuk straight A's seperti yang diharap semua orang. Amin.
________________________________________________________________________

Selamat berjaya juga saya ucapkan kepada pelajar sekuruh Malaysia yang mungkin juga sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun, STOP DOING THE INTERNET AND STUDY RIGHT NOW! (nasihat buat diri sendiri)

Sekian daripada saya. Assalamualaikum. Nyeh nyeh Meow meow.


4 love(s) me:

Hikaru Yui said... [Reply to comment]

selamat berjaya =p

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Hikaru Yui: cepatnya komen, Terima Kasih. Good luck juga kpd Yui, if im not mistaken, yui tengah exam kan? :)

Fa DiN B2UtY said... [Reply to comment]

banyakkan prikse tahun ni!hmm...x pek cabaran..nnt jadi kenangan manis plak..

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Fa DiN B2UtY: ya insyaallah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...