Pages

Good-looking , huh?

Friday, April 20, 2012

Tudung labuh, salah ke?

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

"Eh, cemane korang? dapat nombor berapa choral spreaking?"

"Hmmm, tiga"

"Oh, sekolah apa menang?"

"Marian Convent"

"Emmmm, (sambil buat muka dah agak), sekolah apa ada lagi?"

"Tarcisian, ACS, TAAYAH, Tanjung Rambutan"

"Taayah? Mesti tudung labuh kan?" (sambil tersenyum sinis)

*********

Hello, so what diorang tudung labuh pon? Keji sangat ke tudung labuh?
Sebenarnya inilah realiti yang ditanggung masyarakat zaman ini. Tak percaya? Aku dah banyak dengar dah. Kadang-kadang bila sekolah aku anjurkan apa-apa aktiviti sukan, pasti ada pelajar yang bertudung labuh dari sekolah lain bila bersukan. Lalu, terlihatlah senyuman-senyuman sinis dan kata-kata menjengkelkan yang keluar daripada mulut orang-orang yang suka tudung pendek atau mungkin tak bertudung.

Aku mengaku, tudng aku pun takdelah selabuh pelajar-pelajar sekolah agama. Tapi aku berusaha sedaya upaya untuk melabuhkannya ke bawah dada. Doakan agar aku kekal begitu atau mungkin lebih baik ya kawan-kawan ^_^ 
Seperti mana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Al-Quran :

"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka (menurut ulama, menutupi dada)" (Surah an-Nur, ayat 31)

Pasti ada hikmahnya mengapa kita perlu berbuat demikian. Korang ingat semua lelaki mampu untuk menundukkan pandangan ke?  Apa yang disuruh Allah pasti ada kebaikannya dan tiadalah sia-sia kita menurut perintahnya ok? >.<



Kepada mereka yang masih terasa nak tergelak atau tersenyum atau rasa pelik melihat perempuan yang bertudung labuh, tak perlulah nak pandang diorang lama-lama sangat macam tak pernah tengok orang. Cermin diri kita. pastikan cara kita tutup aurat sempurna. Walaupun orang yang bertudung labuh atau berpurdah misalnya akan ditenung lama-lama oleh orang yang jakon ni. Tapi, at least orang lelaki tak tengok mereka lama-lama dan awak yang  bertudung pendek atau freehair tu yang akan ditenung oleh lelaki lama-lama. Suka ditenung lelaki?? Korang memang pelik. Jangan biarkan perasaan suka ditenung lelaki tu subur dalam diri kamu sebab ia mendatangkan maksiat dan Allah tak suka! Kalau Allah tak redha, macam mana nak awet muda dan cantik selama-lamanya kan?

Takpalah kalau taknak tudng labuh-labuh sangat pun. At least biarlah menutupi dada dan pastikan pakaian longgar ye :D Moga Allah redha!

       

Cuba perhatikan, mana satu yang lebih sejuk mata memandang?




p/s : Tadi ada ceramah Ustaz Kazim Elias kat sekolah aku. Best, tak rugi.
        Moga apa yang beliau sampaikan dapat membuka hati kami semua untuk berubah menjadi 
        lebih baik.

p/s 2 : Tudung labuh (Dena Bahrin), tudung pendek ( Fatin Liyana). HOHO


p/s 3 : Taayah atau nama penuhnya SM Raja Perempuan Taayah ialah sebuah sekolah agama 
           khusus untuk pelajar perempuan yang terletak di Ipoh, Perak. Sekolah tersebut telah 
           melahirkan ramai pelajar hebat. Cewah..

4 love(s) me:

Lily RIna said... [Reply to comment]

Sedap2 je nk hina budak sekolah agama

yui said... [Reply to comment]

sebenarnya ada ja lelaki yg suka tgk tudung labuh...

well at least lelaki jenis itu lg ok kot drpd lelaki yg suka tgk ppuan seksi... ye tak?

Nur Fatihah said... [Reply to comment]

yg bertudung labuh lebih sejuk mata memandang. semoga kita istiqamah utk pkai tudung labuh ea :)

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Lily : Segelintir orang yg berfikiran konservatif susah nak ubah. ;(

@Hikaru Yui :beribu kali ganda lebih baik! Yui mesti camtu kan? hehe

@Aisya Fatihah : Ya .. Insyaallah..Amin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...