Pages

Good-looking , huh?

Tuesday, April 10, 2012

Harapan yang Tergantung.




Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Sebenarnya, aku rasa entri aku kebelakangan ini lebih banyak membicarakan tentang kisah hidup aku. Jadi, aku rasa amat bersalah dan aku berusaha untuk menulis sesuatu yang berfaedah..kot? Insyaallah :)

Apakah yang dimaksudkan dengan harapan yang tergantung? 
Apa yang akan aku bicarakan adalah berkenaan dengan satu hadis yang berbunyi :

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi."
(Riwayat al-Haithami)


****************

Dalam hidup kita, tanpa kita sedari kita terlalu banyak bergantung harapan kepada manusia sehingga kita terlupa bahawa hanya satu tempat yang boleh kita gantungkan harapan; Allah swt. Gerenti, kita pasti tidak akan kecewa! 

1. Terlalu bergantung kepada rakan.
Pasti dan mungkin ramai dalam kalangan kita pernah merasai situasi begini. Kita terlalu berharap agar rakan kita membalas kembali perbuatan baik kita dan mungkin kita berharap agar dia sentiasa menjadi pendengar atau sudi menjadi rakan baik kita walaupun hakikatnya, dia tidak mahu atas sebab-sebab aku pun tak tahu. Tapi kalau kita sentiasa berharap agar Allah swt sudi membalas perbuatan baik kita, sudah pasti malahan 10x ganda! dan Dia jugalah yang sudi mendengar rintihan kita setiap pagi, petang dan malam!


2. Berharap agar orang sekeliling memahami kita. 
jap, aku nak cerita sikit kisah aku yang tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.

Alkisah, pada suatu petang, selepas rehat, tahun 2011. Aku sebagai pengawas mengarahkan pelajar agar meluruskan barisan kelas masing-masing. Namun, ada segelintir pelajar yang susah untuk menerima arahan aku yang mudah. Api kemarahan aku membara. Selepas pelajar sudah masuk kelas, aku terserempak dengan pelajar-pelajar tersebut di hadapan makmal. Dengan ramahnya, mereka berkata Hai kepada aku tetapi aku yang marah tidak membalas teguran tersebut. Lalu, aku pun berlalu pergi dengan wajah yang masam mencuka. Sudah semestinya, menimbulkan salah faham kepada pelajar tersebut. Dia pun terus berkata, "Mentang-mentanglah kelas atas, sombong giler!". Aku pun terpinga-pinga kerana kau berharap agar dia faham yang aku sedang marah atas perbuatan dia sewaktu berbaris tadi tapi hakikatnya dia tidak memahami. Masalahnya, memang salah aku kerana berharap agar dia faham yang aku marah kat dia. Tapi kiat memang tak boleh gantungkan harapan kepada manusia kerana mereka tidak memahami. Tammmattt..
Kisah lari rumah yang popular. 
Dewasa ini, kisah pelajar perempuan lari rumah sebab ikut bopren sangat popular dan mereka punya 1001 alasan seperti tertekan dengan keluarga lah itulah ini lah

Kerana apa?
-> Meraka terlalu bergantung harapan kepada bopren mereka yang sebenarnya hanya nak mempermainkan mereka.
->Mereka berharap agar ibu dan ayah mereka faham yang mereka merajuk sebab mereka rasa ibu bapa mereka yang bersalah walhal mereka hanya mengikut perasaan.
->Mereka berharap agar mereka dapat happy ending dengan bopren atau kawan sebenarnya tidak pon.

Jadi, duduk kat rumah diam-diam. Jangan lari rumah tapi berjalan keluar lah dan menghayati kekuasaan Allah swt.




"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."



surah At-Talaq, ayat 2-3 (65:2-3)













































0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...