Good-looking , huh?

Monday, December 19, 2011

Tips kecantikan untuk muslimah

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Ok entri ini adalah terjemahan daripada entri ini . Sama-sama kita fahami nasihat-nasihat yang diberi okies??



Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)




Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.
___________________________________________________________
1-Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.

2-Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari

3-Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.

4-Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.

5-Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah 'sabun' yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), 'sabun' ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.

6-Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.

7-Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.

8-Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.

9-Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.
_____________________________________________________________

Jika anda mengikuti saranan daripada yang Maha Pencipta ini, anda akan mempunyai kecantikan dalaman dan luaran. Inshaallah !

Senangkan? Jom ikut !

fair and lovely 
                                                 

4 love(s) me:

Paris Lipton said... [Reply to comment]

nice lah! tq!

Azza Azman said... [Reply to comment]

wah bagusnya entry ni... nak print lah...

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, entri asal bukan drpd saya tapi sumber tak diketahui.. sama2 kita ikut sunnah dan kalamullah, inshaallah sentiasa cantik !

laskar pelangi said... [Reply to comment]

insyaAllah:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...