Pages

Good-looking , huh?

Thursday, December 15, 2011

Tiada Fixie bukan alasan untuk aku tidak berbasikal

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Pada suatu pagi yang dingin, seorang gadis membawa basikalnya dengan tenang menyusuri ranjau , basikal yang dibawanya bukanlah basikal berjenama yang mampu membuatkan semua remaja tertawan tapi basikal yang dibawa dia hanyalah basikal yang bukan lagi menjadi keghairahan pemuda-pemudi.

saya tidak secerah ini.saya jauh lebih gelap.


Ya , gadis itu adalah aku.

Ok sesungguhnya saya sangat terkejut melihat betapa ramainya manusia yang sebaya dengan saya mahupun lebih tua masing² sudah memiliki sebuah fixie. Oh wait. Memang fenomena fixie dah lama dan waktu tu saya takdelah nak ambil tahu sangat kan tapi apabila saya bermain badminton di luar rumah, pelik jugak diri ini melihat para remaja tak kira lelaki atau perempuan berbasikal dan bersiar-siar menggunakan fixie yang sangat cantik dan tampak berani. Kadang² dalam bentuk kumpulan, lagilah cantik , kan dah nampak beza antara basikal bangla, myammar dan orang Malaysia , kehkeh. To be exact, memang ramai foreigners di kawasan perumahan saya yang menggunakan basikal untuk ke kilang.


Jadi sepanjang cuti sekolah ini, saya manfaatkannya dengan berbasikal waktu pagi (kadang² jew). 

This is my family's bike. lebih kurang ler.
      
____________________________________________________________
Why I choose to bike in the morning? Why not evening or night ?

♂ Pagi tak ramai orang kat luar rumah, takdelah malu sangat 
♂ Udaranya sangat segar dan dapat bawak dengan sangat tenang
♂ Orang Cina tak ramai yang lepaskan anjing waktu pagi
♂ Dapat jumpa Uncle² Cina yang tengah jalan² dan boleh senyum kat diorang
♂ Boleh miaw-miaw dan woof- woof dengan kucing atau anjing tanpa malu kerana takde orang kat      luar rumah.
♂ Tak banyak kereta. Takdelah aku  terkial-kial.
♂ Kenapa tak pilih malam? Sebab aku tak yakin adakah aku cukup berani untuk menghadapi makhluk yang berbeza daripada manusia(selain binatang) paham² jela yew.
____________________________________________________________

So, How I spent my evening?

♂ Main badminton dengan adik , well, my kakak is not at home, so adik is my only option kehkeh. Walaupun selalu gaduh.
♂ Online kadang-kadang, menyesal pulak online petang². Membesarkan bontot jer.

_____________________________________________________________

Jadi sebelum saya berbasikal atau tengok MHI atau online, selepas subuh saya akan menyediakan sarapan pagi buat seisi keluarga tercinta, asal ada nasi lebih semalam saya buatlah nasi goreng , ya memang nasi goreng adalah makanan sarapan pagi feveret saya yer.


nasi goreng saya , YUMMEH.

                   
merah jambu pilihan daku.

2 love(s) me:

yui said... [Reply to comment]

lama dah xnaik basikal.... kat sini smua tmpat jauh2.. knanaik bas.. yg dekat2 jalan kaki jaa..hehe

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@yui92: hehe takpe cepat2 balik Malaysia pastu bawakle basikal tu kehulur hilir sepuas puasnya yer Yui :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...