Pages

Good-looking , huh?

Wednesday, November 30, 2011

Lelaki Yang Hensem & Buku Yang Agung



Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Feel like updating my blog but my brain couldn't imported any idea but suddenly I saw this image with great philosophy so my brain tells me to update my blog with this title 'Lelaki Yang Hensem & Gagah'



Jadi, kenapa mesti lelaki itu hensem jika dia mempunyai ilmu yang tinggi dalam penghafalan dan paling penting berakhlak dengan AL -QURAN 

Bekas PM Britain (William Ewart Gladstone (1809-1898) zaman Queen Victoria pernah mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.
                                       

Jadi, orang kafir sendiri pun tahu akan kebenarannya dan bagaimana kita boleh menakluk dunia hanya dengan berbekalkan Kalam Allah, tapi kerana hati meraka telah digelapkan, amat susahlah bagi mereka untuk mencari lubang-lubang cahaya yang bakal membawa mereka ke jalan yang lurus dan benar.

                                                           

Tapi, mata kita hampir-hampir tertutup, kita melupakan Al-Quran, buku yang Agung yang diturunkan oleh Yang Maha Pencipta. Yang menjadi pilihan adalah majalah-majalah yang kononnya menghiburkan dan worth buying lah sangat , kan???


                   

Tapi ? Bila nak beli buku paling agung ni, bila nak bukak buku paling agung ni, bila nak baca buku paling agung ni, bila nak baca tafsir buku paling agung ni ?

                         


Bukalah mata kita sebelum ALLAH SWT tutup mata kita.

Lelaki yang hensem bukanlah lelaki yang mempunyai kereta sport 
atau mempunyai raut wajah yang boleh mencairkan hati wanita , 
Lelaki yang hensem juga bukanlah yang pandai bergaya dan posing di depan kamera bahkan mempunyai badan yang sasa dan tegap,
Lelaki yang hensem juga bukanlah yang boleh menyanyi lagu-lagu indah buat sang wanita biar hati mereka terpesona,
Lelaki yang hensem juga bukanlah yang boleh menulis puisi-puisi indah buat tatapan sang wanita kala kesepian
Lelaki yang hensem bukanlah yang merenung mata wanita yang tidak halalnya baginnya


Lelaki yang hensem adalah lelaki yang berjaya menjadikan akhlaknya indah bak Rasulullah saw
Lelaki yang hensem adalah lelaki yang mempunyai kesabaran dalam perjuangan seperti sahabat Rasulullah saw
Lelaki yang hensem adalah yang boleh saling mengingati akan adab dalam Islam
Lelaki yang hensem adalah yang menjaga maruah diri dan keluarganya
Lelaki yang hensem adalah yang boleh mengalunkan zikir dan pujian terhadap Yang Maha Esa
Lelaki yang hensem akan hanya merenung mata dan membelai lembut wanita yang halal baginya


Lelaki yang hensem dan gagah serta dapat menakluk dunia sekalipun adalah lelaki yang bejaya memahami maksud Kalam-Kalam ALLAH SWT serta mengamalkannya dalam kehidupan 


Lelaki yang hensem adalah HambaNya yang berjaya mencintai TuhanNya dan Rasulullah SAW.

Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(QS.Al Baqarah-2).




carilah Putera Agama :)

5 love(s) me:

Anonymous said... [Reply to comment]

i like this :)

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

beli buku2 macam tu tiap2 bulan boleh plak baca kan..

Al-Quran beli sekali seumur hidup pun x mampu nk buka baca..

saya nak jadi lelaki hensem jugak...

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Solihin Zubir: jadi berusahalah untuk menjadi lelaki hensem itu :)

CIK TOM said... [Reply to comment]

nice entry dear..nk pmpn jelita ada?hehe..

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@CIK TOM: memang ada , inshaallah adalah entrinya nanti !~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...