Good-looking , huh?

Saturday, November 26, 2011

1433Hijrah : Satu Permulaan buat KITA

Assalamulaikum Warahmatullah
Hello Hye

Hari ini, kita beralih ke tahun baru dan diminta beli kalendar baru cepat-cepat.

Ada yang sedar, ada yang tak sedar, hari ini adalah tahun baru buat umat islam, kita sudah beralih ke 1433 Hijrah. Apabila sebut tahun baru pasti kita amat sinonim dengan perkataan ini 'AZAM'.

Kenapa bila tahun baru je kita semangat nak buat azam? Kenapa tak tekadkan azam di hati waktu 23 Jun ke ? 1 April ke ? 11 Julai ke ? Kenapa mesti awal tahun ?

Sebab waktu ini kita menginjak ke usia yang lebih dewasa dan mungkin minda kita akan menjadi lebih dewasa. Lebih senanglah buat diri kita untuk muhasabah diri, betulkan apa yang silap dan tetapkan matlamat untuk tahun ini memandangkan tahun sebelumnya kita sibuk dengan urusan yang belum selesai kan?



Aku nak berhijrah.
Aku nak berhijrah daripada sifat negatif yang ada pada aku kepada positif. Benar. Terlalu banyak khilaf yang telah aku lakukan, terlalu leka aku dengan hiburan, terlalu banyak aku membazir masa. Terlalu banyak aku harapkan daripada Allah swt sedangkan aku leka daripada mengingatinya. Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat yang telah engkau kurniakan kepada aku!

Aku mahu berhijrah, bagaimana dengan kamu wahai sahabat ? Bagaimana kita mahu mengubah diri sendiri jika minda kita masih di tahap yang kritikal kerana minda itu membuatkan seseorang berkuasa.

Minda. Mentaliti. Cara Pemikiran.




Kisah 1 :
"Barangsiapa mengharap Agama selain Islam, maka dia tidak akan diterima dan pada Akhirat nanti termasuk orang-orang yang rugi". (QS Ali Imran 85)

Ringkas status facebook yang baru diupdate Aminah. Aminah copy dan paste ayat ini kerana dia orang Islam, jadi tidak ada salah kan?

Satu komen menyusul.
"Wei Aminah, sejak bila kau jadi alim ni, boleh lah  ganti ustazah kat sekolah kita kan?"

Beberapa komen menyusul lagi.
"Aminah, ko mesti tengah sedih kan, tu sebab kau update status macam ni kan?"

"Takyah nak barangsiapa2 sangat lah kan, buat kelakar pulak dia ni"


"Esok pakai tudung bidang 60 erk Aminah"


Begitu ceteknya pemikiran orang kita, memandang usaha menyebarkan ayat-ayat Allah atau sunah nabi hanya untuk abang2 Imam Muda atau Ketua Persatuan Islam sahaja.

Jadi apa peranan kita sebagai umat Islam jika status update kita hanyalah begini

    Cuba tanya diri sendiri, apakah yang telah kita lakukan kepada agama kamu jika benar kamu Islam ? Kenapa kamu takut nak berkongsi perkara baik dan tanpa segan silu mendedahkan aib kamu, bermaki-makian, mengeluarkan kata2 nista dan berbaur sindiran sehingga mengecilkan atau menyakitkan hati pihak lain di facebook? Tidak perlulah kamu nak mengadu-ngadu bagai sebab kat situ orang boleh tahu siapa diri kamu.

Kamu tak takut nanti tangan kamu menjawab tentang apa yang kamu taip dan tulis di Hari Perhitungan kelak. Jangan waktu itu, kamu mahu bertaubat kerana tidak ada gunanya lagi.  

                                         
"Kamu bukannya baik sangat nak berdakwah, nak nasihat orang bagai"            

what's the point of me placing this photo?

Jangan lihat siapa yang berkata, lihat apa yang diperkatakan.


Masih aku ingat pesanan seseorang kepada aku, kalau nak buat apa-apa, lihat diri sendiri dulu. Apabila kita nak kata orang tu tiada hak untuk berdakwah kerana dia tak baik sangat jadi boleh terangkan apa hak kita untuk menghalang dia berdakwah atau menyebarkan kata-kata yang berbentuk nasihat ?

Kalau takda idea nak cakap apa dan saja-saja nak menyakitkan hati orang, baik DIAM dan DENGAR.


                                                     
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam.



Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan ALLAH maka dia adalah pendakwah."



Faiqah Umaira.
1 Muharram 1433H.
2.17 a.m. (mengikut jam hp aku)
Ipoh, Malaysia.

Salam Maal Hijrah, Mari Berhijrah :D
Marilah tidur, aku sudah zzzzzzz...

2 love(s) me:

TecerWidad said... [Reply to comment]

Azam tahun ini: Aku berazam untuk mengazamkan diri dengan penuh keazaman (macam harang).

Rasanya kalau kita berazam apa-apa toksah bagitau org sebab kalau tak tercapai malu kena gelak. Kalau org tanya suh saja dia doakan semoga apa yg diazamkan tercapai. Peace yawwww

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

ya memang takyah bagitahu orang hehe tapi kena kuatkanlah azma tu kan ? memang best azam TecerWidad ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...