Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye
Kenapa kita takut kalau cikgu tengok profile facebook kita ?Kenapa kita takut ayah mak kita tengok blog kita yang dihiasi berbagai-bagai cerita hidup kita yang kononnya sangat adventure dan sweet ?
Takutnya , susah hati memanjang ..kenapa ya ??
Bukankah hanya orang yang salah akan takut ?
Habis tu , kita salah kah ?
__________________________________________________________
"Susungguhnya manusia itu, Allah s.w.t ciptakan gelisah apabila ditimpa kesusahan , ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kedekut(membuat kebajikan) kecuali orang yang mengerjakan solat iaitu apabila mereka mengerakan solatnya dengan istiqamah"
( Surah al-Maa'rij:19-23)
___________________________________________________________
Pngalaman ini dikutip apabila sering terlihat rakan-rakan ku yan takut sangat kalau-kalau ada cikgu kat sekolah yang stalk facebook diorang , kenapa harus takut kalau kamu rasa kamu betul ??
Kenapa harus takut kalau sebelum ni orang lain dah bagi nasihat , jangan EXPOSE sangat diri kamu tu !
Wahai muslimah !Janganlah engkau berbangga dengan kecantikan engkau dengan menayangkan nya ! Sesungguhnya itu bukan milik kita ! Nanti amalan kita saja yang dibawa!
Wahai muslim muslimat ! Janganlah terlalu taksub dengan sesuatu yang tidak pasti . KPOP , JPOP , Hollywood , Bollywood , Dangdut gendut-gendut whatsoever .. Itu semua hanya membuatkan kamu lalai dan melupakan tanggungjawab kamu sebagai khalifah di muka bumi ini !
"Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka
Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"________________________________________________________________
Perumpamaannya
Jikalau kita nak elakkan diri daripada perasaan gelisah dan takut dimarahi guru seterusnya mendapat malu , pasti kita akan lakukan apa yang cikgu suruh (homework of cos) , Kalau kita nak elakkan perasaan gelisah dan takut sepanjang hidup di bumi Allah ini , lakukanlah perkara yang wajib dilaksanakan agar peroleh kejayaan di akhirat kelak dan tinggalkan lah perkara yang tidak membawa apa-apa kebaikan !
--> betul cakap Puan Emsakiah dalam kelas semalam , kenapa kita selalu buat careless mistake dalam matematik , sebab terlalu banyak maklumat yang kita perolehi daripada internet yang tak membawa sebarang faedah membuatkan maklumat pelajaran dipantul keluar daripada terus diproses .
0 love(s) me:
Post a Comment