Hello Hye
Semalam , Jumaat , 9-10 malam , time wajib aku duduk depan tv , menonton Imam Muda , aku kalau dah suka sesuatu tak boleh tinggal , selain tu , aku jugak suka tengok Juvana ! Uuh , memang mencabar betul jadi Cikgu kat situ !
Tajuk untuk Imam Muda semalam ialah KEMATIAN
Mereka perlu berjumpa dengan banduan yang akan dihukum gantung , eh entahla aku agak confuse tapi memang sebak dan benar2 insaf apabila Imam2 Muda melawat banduan tersebut dan ada yang sudah bertaubat , ada yang sudah putus asa untuk berdoa , macam2 lah tapi ingat mereka juga manusia seperti kita cuma mereka pernah melakukan kesilapan besar dan mereka layak bertaubat , jika mereka keluar daripada penjara , layanlah mereka seperti orang lain , jangan hina dan keji mereka kerana Allah sayang mereka :D
"Setiap kali Allah menghendaki yang baik bagi seseorang, Dia beri kesulitan."(Bukhari)
Memang benar Allah sayang mereka , mereka telah buat kesilapan dan apabila mereka berada di dalam penjara , ia bukan saja proses hukuman namun peluang untuk mereka memperbaiki kesilapan
Apabila berada di dalam penjara peluang untuk mereka bertaubat banyak dan banyak juga masa untuk mereka buat solat malam , berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah , disitu juga mereka dapat menenangkan diri dan muhasabah diri ..mereka juga dapat menghindarkan diri drpd terus bergelumang dgn dosa di luar sana ..
Kerana itulah aku sangat sebak dan insaf , sedihnya aku , betapa mulianya seorang banduan ini , dia dilawati oleh Imam Muda Nazrul , dia banyak memberi nasihat kpd IM Nazrul , pada masa yg sama , dia mendoakan kejayaan dunia akhirat buat IM Nazrul , IM nazrul sebak dan terus menangis , begitu juga aku...
Terasa rendah diri kerana aku sering lalai dalam menyempurnakan tugas aku sbg seorang muslim , kadang2 buat yang wajib sahaja , yang sunat dibiarkan macam sudah banyak sangat pahala yg aku lakukakan...
Kita semua sama , hanya amalan yang membezakan kita , Kita akan berbeza apabila di pandangan Allah , dan yang terbaik adalah yang mulianya dia di sisi Allah S.W.T..
Janganlah kita merendahkan hamba Allah ini , kerena mereka mungkin lebih mulia di sisi Allah berbandng kita ...
It doesn't matter where you are from ,
Or if you are children , adult , woman or man ,
We are here for the same reason ,
Oh Thank You God [ALLAH] .
Sincerely , Faiqah |
2 love(s) me:
sy pun suka tgok juvana tu..
wlupun agak ganas, tp ada babak2 sedih yg membuatkan hati ni rsa sentap..
sbb ada kaitan dgn pristiwa silam kot.. heheh.. tett~~
peristiwa silam ? oh ganas lah ni ye , tak pe asalkan sudah bertaubat :D
Post a Comment