Good-looking , huh?

Friday, September 14, 2012

Tolong Ingatkan Aku Bila Aku Lupa Kamu.

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye



Kadangkala, diri ini terasa sangat hina kerana pada suatu ketika hati ini pernah berazam untuk menjadi yang terbaik, untuk menjadi hambaNya yang sangat patuh. Namun, setelah hati ini diulit perasaan penuh selesa dan gembira, segala azam dan ikrar yang telah dilakukan cuma tinggal janji, janji yang entah bila ingin diri ini kotakan.

                

Di kala hati ini mula terasa sunyi, sedih, baru aku sedar tiada siapa yang mampu memahami dan menggembirakan aku kecuali Allah swt. Ya, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita tetapi kita tidak sentiasa 'bersama' Allah. Sepertimana yang telah Allah  firmankan dalam kitab suci panduan manusia

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"-At Taubah 9:40

Namun, seperti biasa apabila kita mula bergelak ketawa, bergurau senda dan bergembira, hati ini mudah lupa... Ya Allah... Kenapa boleh aku lupa padaMu sedangkan selama ini engkau telah kurniakan pelbagai nikmat kepada aku? Ya Allah! Moga-moga aku tidak lalai dari mengingatiMu!

                   

Kadangkala juga, hati ini sering menganggap amalan aku sudah cukup. Timbul pula perasaan sombong dan riak. Setelah kejayaan demi kejayaan, kemasyuran demi kemasyuran telah engkau limpahkan buat hambaMu yang sombong ini, aku lupa... Lupa untuk menunjukkan rasa kesyukuran itu. Kata-kata syukur aku ucapkan namun setelah itu aku lupa pula untuk menzahirkan perasaan syukur itu kepadaMU sedangkan aku  tahu bila-bila saja kau boleh tarik nikmat itu.

                 

Kini, aku kembali menyesal dan hati ini kembali berazam setelah lama jauh dariMu. Aku tertanya-tanya sampai bila harus aku begini? Lalai dan lupa. Manusia itu harus sentiasa diingatkan namun aku takut jika aku lupa sampai bila-bila. Aku tak rela hidup dalam binasa. Aku tak rela jadi manusia yang rugi. Tetapi aku sendiri mendorong diri aku untuk berbuat begitu. Aku sendiri yang culas untuk berubah. Aku langsung tidak mencuba untuk berubah! Aku jauh dariMU!


Ada satu waktu, aku rasa dekat denganMu
Tapi ada satu waktu, aku rasa sangat jauh dariMu

Apabila aku dekat denganMu
Aku berasa seperti aku sudah memiliki dunia ini

Tetapi apabila aku jauh dariMu
Aku rasa seperti kehilangan segalanya

Pastinya aku pilih untuk memiliki dunia ini

Ya Allah tunjukkan jalanMu kepada hambaMU yang kerdil ini. 
Aku tahu engkau mendengarku, lantas kuatkanlah imanku.
Hanya kepada engkau aku berharap.
Kerana aku tahu hanya engkau yang dapat menolongku.


                    

Lantas, aku kembali berdoa kepadaMu Ya Allah, tetapkanlah hati ini
Semoga cintaku terhadapMu tak akan pernah berkurangan
Semoga ibadatku akan bertambah
Semoga hidupku dilimpahi NurMU
Semoga Islam dapat aku perjuangkan
Semoga syurga menjadi destinasi terakhirku



              



“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” [Surah Ali Imran 3:31]

2 love(s) me:

unsecretostory said... [Reply to comment]

Alhamdulillah . Insha allah (:
Suka entry nie , memang kena sangat . Kita manusia bila gembira pasti terlupa siapa yang memberi kita kegembiraan tue . Semua berlaku hanya dengan izinNYA .

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

Perasaan gembira juga adalah ujian ntuk mengukur keimanan diri. Semoga kita tidak lalai drpd mengingatiNya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...