Pages

Good-looking , huh?

Saturday, March 10, 2012

Nasyid atau kita?

Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

"Sepatutnya diorang kena buat nasyid yang rancak, baru orang dengar," kata rakan aku.

Aku membalas dengan senyuman. Tiada daya untuk aku berfikir apa yang patut diperkatakan.

___________________________________________________


Persoalannya di sini, kita yang patut lebih rancak menerima muzik nasyid atau nasyid yang perlu berirama lebih rancak?


Kenapa nasyid?
People love entertainment as claimed. Manusia tak boleh hidup tanpa muzik, yek? Dan hukum bermuzik itu lebih banyak bergantung kepada niat kita. Kalau niat hanya untuk berhibur dan suka-suka, aku tak pasti lah macam mana, tapi aku tau kalau bab nasyid dan niatnya lurus kerana Islam, Insyaallah tiada apa² yang salah.

Nasyid, terlalu slow, boring...
As my friend's opinion, kita perlukan nasyid yang lebih rancak.Aku setuju, takkan kita nak dengar yang slow je dan pelbagai usaha telah dilakukan penyanyi/penulis lagu nasyid untuk menarik kita terutamanya golongan muda. Tapi, di mana usaha kita? Adakah kita hanya mampu menunggu hidayah itu datang?
                                                   
                                                

Nasyid bukanlah satu kemestian mahupun satu kewajipan. Kita boleh je menolak nasyid dan merawat hati dengan berzikir atau membaca Al-Quran mahupun yang seumpama dengannya. Tapi, menerima nasyid adalah lebih baik daripada menerima dan mempunyai obsesi terhadap lagu-lagu yang melalaikan, yang dicipta untuk mengingati pasangan, dicipta untuk menghina, memprotes! Hands up if u agree!
                                                         
Nasyid merupakan satu hiburan sampingan yang mengajak kita kepada kebaikan. Nasyid atau lagu ketuhanan hanya bertindak sebagai 'pengajak' atau 'pengiklan' kepada hiburan asasi iaitu SOLAT, MEMBACA AL-QURAN, ZIKRULLAH, BERSELAWAT dan ibadah² lain. Jadi, jangan terkeliru dengan mengutamakan HIBURAN SAMPINGAN berbanding perkara yang wajib iaitu HIBURAN ASASI.


Mendengar nasyid juga mungkin akan membuka hati kita untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah swt dan mungkin juga akan membuatkan kita sentiasa mengingati Allah swt, yang penting kita mestilah sentiasa berzikir, membaca Al-Quran untuk memantopkan akidah =)

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang"
(Surah Al-Ra'd 13 : 28)


************************
Manusia hari ini menikamti hiburan yang melalaikan umpama meminum air laut. Oleh sebab tekak sangat dahaga, air laut terus diminum, namun sia-sia. Semakin diminum, semakin haus jadinya.

************************


Rujukan
Majalah Solusi; Isu 39- Hiburan Islam Penawar Stres; Pahrol Mohd Juoi


0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...