Pages

Good-looking , huh?

Monday, February 6, 2012

Hari Kelahiran Kekasih

Assalamulaikum Warahmtullah
Hello Hye

Bismilahirrahmanirrahim


"Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim"

"Ya Allah..selamatkanlah penghulu kami Nabi Muhammad saw dan atas keluarganya dan berkatilah dan sejahterakanlah dia.." 

Semalam, 12 Rabiulawal merupakan Hari Kelahiran Kekasih. Kekasih siapa? Kekasih Allah swt. Seorang insan yang disayangi Tuhan dan menjadi inspirasi kepada umat manusia. Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh dan inspirasi terunggul buat seluruh umat Islam mahupun yang bukan Islam. Tidak perlu kita bersusah payah menghayati perjuangan Justin Bieber menempuhi kontroversi atau Siti Nurhaliza yang baru lepas SPM, terus pergi menyanyi mahupun bagaimana nak habiskan duit anda dengan plastic surgery dan cucuk cucuk pipi seperti kebanyakan artis yang bibirnya seperti disengat lebah. Seksi aww..

kerana yang terunggul dan maksum daripada segi aspek adalah pemimpin akhir zaman itu sendiri.. Rasulullah s.a.w.



Sebagai seorang remaja yang masih tergapai-gapai mencari ilmu, pasti kita perlu seseorang untuk dijadikan role model dalam membentuk diri kita ini yang kadangkala sesat dan lupa. Baginda mempunyai sifat yang dapat diteladani daripada segala aspek sifat sekalipun dan  amat rugi jika kita tidak menghayati perjuangan baginda.

"Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" - Saba ; 28

Dan sebagai seorang pelajar, bagaimana kita boleh meneladani Rasulullah s.a.w?? Letssss  extend!

i. Bercita-cita besar
Seorang pelajar yang hebat mesti mempunyai satu matlamat atau sasaran dalam hidup manakala pelajar yang tidak hebat adalah pelajar yang hanya tahu belajar belajar belajar belajar belajar sampai pukul 2-3 pagi tapi takde sasaran yang sebenar. Tinggikan citamu setinggi bintang di langit sepertimana tingginya harapan Rasulullah s.a.w untuk melihat umatnya berjaya di dunia dan akhirat.

ii. Betanggungjawab & Amanah
Sebagai seorang anak, tanggungjawab kita adalah membalas budi ibu bapa sepertimana yang uolls tahu dan guru mana juga yang tidak mahu melihat anak muridnya berjaya. Jadi jangan biarkan kedua ibu bapa kita menangis kerana kejahatan kita tapi biarkan mereka menangis kerana kejayaan kita.

iii. Sabar
Sifat sabar Rasulullah s.a.w dalam memperjuangkan syiar Islam amatlah besar. Bayangkan jika rumah kita dicampak tahi unta, how would we react? Sebagai pelajar juga, bayangkan dalam perjalanan kita nak ke sekolah untuk mendapatkan ilmu, kita diludah dan dicaci? Mahukah kita teruskan perjalanna itu? emmm..i also dunno. Sifat sabar Baginda s.a.w membuktikan bahawa kita mampu buat apa-apa pun walaupu terdapat beribu halangan di hadapan. Begitu juga di sekolah, walau ditekan ibu bapa ataupun ditekan dan ditekan sekolah, tiada apa yang dapat menghalang cita-cita kita untuk berjaya. Inshaallah! Itulah pentingnya sasaran.

iv. Suka memeberi pertolongan
Masih ingatkah kita tengtang kisah Rasulullah s.a.w yang sering menyuapkan roti kepada seorang kafir yang buta? Sifat suka memberi pertolongan tidak akan merugikan mana-mana pihak malah menguntungkan kedua-dua pihak. "What you give, you get back". Berpeganglah dengan prinsip itu. Sentiasa cari peluang untuk membantu rakan samada daripada segi pelajaran atau apa2pun asalkan tak menyalahi undang-undang lah kan.

Natijahnya, (chewah) sebagai seorang pelajar yang mengarapkan redhaNya, haruslah meneladani kekasih Allah swt ini dan sentiasa berselawat untuk mendapatkan syafaat Baginda s.a.w.



Sebenarnya, apabila kita berselawat, Rasulullah s.a.w tak dapat apa-apa pun tapi kita, kita yng dapat macam-macam! Mendapat syafaat Rasulullah, untuk apa syafaat Rasulullah? Untuk mendapatkan doa baginda lah! Ingat..segala yang diperintahkan Allah adalah untuk kebaikan  diri kita sendiri . Kalau kita tak buat, Allah dan Rasul tak rugi, kita yang rugi woooooooooooo....

“Dari Abu Hurairah r.a beliau menuturkan bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi was sallam bersabda, “Setiap Nabi alaihis salam memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafa’at bagi ummatku, kelak di hari kiamat. Maka, syafa’at tersebut Insya Allah akan didapati oleh setiap orang dari umatku yang wafat dalam keadaan tidak menyekutukan Allah ta’ala dengan suatu apapun.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21)


<3

Read some more articles to get yourself clear about Rasulullah s.a.w

Saat Nabi Hampir Wafat


*Kepada yang mengenali diri ini, korang pun tahu aku tidak sempurna dan tidaklah sebaik mana tapi aku cuba untuk menyampaikan apa yang aku pelajari. doakan aku untuk menjadi insan yang lebih baik dan tolong ingatkan aku jika aku terlupa.. Bukan tujuan aku untuk berlagak baik namun aku cuba untuk perbaiki diri ku yang hina ini..*



4 love(s) me:

'adawiyah az-zahraa' said... [Reply to comment]

spread our love to ALLAH and HIS prophet :)

http://puteri-zahra.blogspot.com/2012/02/my-very-first-flash-header.html

Unknown said... [Reply to comment]

Salam Maulidur rasul.. :)

Fa DiN B2UtY said... [Reply to comment]

betul2!klo buat bende yg baek kt yg dpt untung!hu3...

Faiqah Umaira said... [Reply to comment]

@Fa DiN B2UtIn$pIrIT: ya betullllll!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...