Assalamualaikum Warahmatullah
Hello peeps !
Siapa mereka ? Kita pun pernah jadi seperti mereka .
Hye u all . eh eh . Assalamualaikum ! Selamat Sejahtera ke atas kamuu ! *Meet Aqief *- my cousin
Boleh berkenalan ? Ukhwah Fillah Abadan Abada ,hehe *Meet Noraqilah Awatif* -my cousin
Burppp , Alhamdulillah dah kenyang .
Hi , saya sangat comel
penatnya posing , nak tidur lah dulu , bye
sebelum tu baca doa tidur dulu
Mereka ini ibarat kain putih , lalu kita yang akan mecorakkan mereka dengan warna yang cantik atau buruk , itu tanggungjawab kita.
Kita adalah pencorak , tanpa kita sedari , itulah hakikatnya
Mereka melihat kita , mereka lihat kita buang sampah ke luar kenderaan ,
mereka ikut ,mereka tak rasa itu salah sebab kita , orang dewasa yang dah matang pun berbuat sedemikian, kemudian sampah bertimbun di tepi-tepi jalan lalu , kotorlah negara ini ,
Bila kotor negara ini , sukalah Syaitan ,
Bila Syaitan suka , tempat maksiat pun berleluasa
Hancurlah akhlak dan sahsiah remaja dan warisan agama.
Inilah salah satu contohnya .Lihatlah kesannya , setiap perkara yang kita buat , pasti ada kesannya .
Kerana itulah Allah swt kurniakan akal kepada manusia yang ditugaskan menjadi Khalifah di bumi ini agar kita dapat sentiasa menjaga bumi ini dan sentiasa berfikir akan kebesaranNya.Wallahualam.
______________________________________________________________
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)
________________________________________________________________________
Dalam apa jua perkara yang kita lakukan , perkara yang harus kita ingat adalah bahwa kita membawa satu identiti ;identiti sebagai seorang MUSLIM.Kenapa kita perlu pegang tanggungjawab ini ?
Kerana kita sungguh bertuah , dilahirkan sebagai seorang Muslim ,
berpeluang menemui cinta dan kasih daripada Allah swt.
Subhanallah ! Terima Kasih Ya Allah :)
Islam itu indah apabila seseorang itu benar-benar mempelajari , menghayati dan mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh.
0 love(s) me:
Post a Comment