Pages

Good-looking , huh?

Friday, August 12, 2011

Layakkah aku menerima semua ini, Terima Kasih Ya Allah



Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye

Dia memberi apa yang aku perlukan namun aku kerapkali melupakannya . Seolah-olah diri ini sudah cukup sempurna. Dia beri segalanya , kemewahan hidup , kesejahteraan dan kedamaiaan untuk belajar dan mencari rezeki. Namun aku leka , tidak pernah aku fikir untuk berusaha mencari keredhaanNya .

Aku berusaha melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan ramai pihak namun aku masih belum beroleh sinar. Aku masih di jalan liku , bukan di jalan lurusMu.

Kucuba ikhlaskan hati untuk ku temui jalan yang lurus .

'Tunjukkanlah kami jalan yang lurus'
                                      -Surah Al-Fatihah ;ayat 6-


Tapi aku hanya mampu mengingatiMu , tidak pernah aku bangun malam untuk sujud kepadaMu , aku cuma sentiasa percaya dan yakin Engkau akan menolong HambaMu yang memerlukan pertolongan ini , dan Engkau memberi satu nikmat yang tidak pernah ku jangka , tidak pernah sekalipun aku terfikir untuk menerima nikmat ini dalam masa terdekat ini. Namun , Engkau sentiasa mendengar keluhan , rayuan insan kerdil ini.


Layakkah aku ?
Terima Kasih Ya Allah .
Kau sentiasa mendengar rintihan hambaMu
Kau Maha Mengasihani
Kau Maha Mendengar
Kau Maha Memberi

_____________________________

Aku bermonolog sendirian , usaha ku tidak banyak tapi kenapa Allah beri aku nikmat seumpama ini ?

Aku tahu kenapa , kerana Allah inginkan aku sentiasa berfikir tentang nikmat yang dia beri . Esok lusa mungkin aku terima ujian hebat dalam hidupku , Namun kenapa perlu aku persoalkan musibah tersebut jika sewaktu aku terima nikmat , dengan senang hati aku menerimanya dan dengan senang hati aku dipuji-puja rakan ku dan waktu itu , aku tersenyum bangga tanpa perasaan merendah diri langsung.

Ah , manusia memang mudah berasa bangga dan riak dengan nikmat Allah.
Semoga aku sentiasa diingatkan agar tunduk dan patuh kepada Allah lalu merasa malu dan kerdilnya kita berbanding manusia penghuni syurga yang dipilih Allah S.W.T.


sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

Bye-bye . Alhamdulillah

0 love(s) me:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...