Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye
Sejak kebelakangan ini, aku perasan yang aku jarang sekali mengambil kesempatan yang ada dengan menulis sesuatu yang berfaedah. Err, kedengaran annoying ya di situ. Mungkin juga aku sudah lupa akan kata-kata yang tertulis di header blog ini yang mana merupakan niat aku untuk menulis. Tapi, takpe.. selagi kita ada ilham, selagi itu kita jangan berhenti menulis kerana ia merupakan kurniaan Allah dan ia boleh jadi 'a good investment in the hereafter' Insyaallah!
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan yang utuh agar kekuatan umat Islam akan terjaga dan boleh menjadi benteng daripada sebarang mehnah dan tribulasi yang menimpa masayarakat. Namun, kita sering lupa akan semua itu.
Apabila perbezaan ideologi politik menjadi keutamaan, kita lupa tanggungjawab kita sebagai satu ummah yang bertanggungjawab antara satu sama lain. Orang yang kononnya berpendidikan tinggi pula lah yang menjadi dalang kepada perpecahan ini. Yang tidak berpendidikan pula, termangu-mangu, ikut saja kata dalang ini membuta tuli. Lalu, terbukalah ruang perpecahan antara kita. Syaitan pula duduk di tengah terbahak-bahak, seronoknya dia dapat memutuskan silaturrahim si anak adam ini. Ulama' pula ego dan sombong serta lupa akan tanggungjawab mereka, bila roh ulama' mati dan hilang, haishhh.
Anak remaja pula terbabas dalam keseronokan, hanyut... berpegang pada prinsip 'freedom' bak kata orang putih. Ada pula yang suka benar pertahankan idola masing-masing, mungkin mereka fikir 'idola' mereka itu boleh membantu mereka menjawab persoalan Munkar & Nankir. Bila ditegur, aih marah! Awak tahu kita tegur awak sebab kita sayanggggg. Bukankah menyanyangi saudara seislam itu menjadi tanggungjawab kami?
![]() |
Kita akan menjadi SATU bila kita utamakan urusan agama. credit to Aiman Azlan |
Maka, bila hati itu penuh dengan sifat negatif, hilanglah sifat bertimbang rasa dan ambil berat terhadap saudara kita... Alangkah sayangnya... Betapa mudahnya kita kehilangan ukhwah yang terbina. Ini semua kerana rosaknya hati kita kerana sering bersangka buruk terhadap orang lain.
Dan ingatlah... Muslim adalah bersaudara. Kita berpegang teguh pada tali Allah yang sama.
"Seseorang Muslim adalah bersaudara kepada seseorang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
"Kalian tak akan masuk syurga sampai kalian beriman dan saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan satu amalan apabila dilakukan akan membuat kalian saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam antara kalian.(Riwayat Muslim & Abu Hurairah)
Ukhwah itu indah bila kita saling mencintai dengan ikhlas.
Assalamualaikum Warahmatullah
Peace be upon you
May Allah bless you

4 love(s) me:
ukhwahfillah lillah ukhty!
ana uhibuki fillah, ukhti <3 terima kasih
ske entry ni:)
@Fa DiN B2UtY: :)
Post a Comment