Assalamualaikum Warahmatullah
Hello Hye
Pada suatu pagi yang dingin dan mampu membuat penghuni bumi
ini menarik selimut membaluti tubuh sebelum bangun Subuh, kakak aku yang aku
gelar kakak-2 tiba-tiba gerak aku suruh bangun sahur.
Kakak-2 : Iqah, bangun, sahur. Angah goreng ikan keli, cepat Iqah bangun!
Aku : Hmmmmm.. (dalam hati seronok gila ada ikan keli)
Lalu aku terus bangun dengan niat untuk bangun sahur demi
menunaikan puasa sunat rejab bersama kakak aku. Aku terus meluru ke tandas
untuk buat apa yang patut. Senangnya hidup aku kerana wah… nasi sudah terhidang
di atas meja. Sudah pasti kakak aku yang sediakan. Weheeeee~
Tiba-tiba, tanpa disuruh siapa-siapa, aku kembali ke kamar
tidur dengan niat untuk gerak kakak-3 aku dan adik aku. Dengan marah, aku
menggoncangkan kaki kakak-3 aku yang garang itu. “ Kik Yah, bangunlah, sahur,
cepatlah, dah lambat ni!” kataku dengan nada yang marah. Setelah itu, aku
menggoncangkan pula tubuh adikku yang sedang nyenyak tidur dengan nada marah
yang sama. Tiba-tiba, adik aku bersuara dengan nada yang tinggi, ORANG TAK
PUASALAH. Lalu aku pun,
Aku : Ooohhh… “kesiannya kena marah dengan aku awal pagi,”bisik
hati aku.
Aku terus meluru ke meja makan untuk menjamah hidangan
sahurku bersama kakak-2 aku. Setelah habis menadah tangan berdoa, kami mencedok
lauk-lauk yang terhidang.
Tiba-tba,…..
Kakak-3 yang garang menuju ke dapur dengan wajah bangun
tidurnya yang masam mencuka..
Jantung aku berdup-dap, dup-dap.
Tiba-tiba,….
Kakak-3 : Kenapa gerak????? dengan suara yang menakutkan.
Kakak-2 aku sudah mula gelak-gelak.
Aku : Ingatkan Kik Yah puasa….
Kakak-3 : Orang ingatkan dah lewat subuh. Ishhhhh…
Kakak-3 terus kembali ke kamar tidurnya demi menyambung
tidurnya yang sudah aku bazirkan.
Suasana sahur itu kemudiannya disambung dengan hilai tawa
kakak-2 aku. Di samping mentertawakan Iqah, terima kasih kerana masak untuk
kami sekeluarga.
Kakak-2 (kiri) Kakak-3 (kanan) |
p/s : Entri ini ditulis kerana kakak-2 dan 3 aku bakal
pulang ke negeri perantauan masing-masing kembali demi menggenggam segulung
ijazah. Cehhhhhh. Cittt Poodahhhh!
4 love(s) me:
awwww ... loving siblings *thumbs up!
yek? tak sedar pulak. hohiho.. Anyway, thanks :D
rajen nye kamu bersahur..kt nak bersahur tp hhmm...x gak bangun2..khe3...selamat berpuasa dan trus beribadat..:)
@Fa Din : bab makan ni i memang rajin. Lagi2, sunat pulak tu hehehe. Terima kasih, selamat beribadat siang dan malam juga buat anda wahai fatizah din :D
Post a Comment